berita

Lagi 5 Hari Nak Nikah, Dah ‘Test’ Baju Pengantin, Lelaki ‘Pengsan’ Tengok Bakal Isteri Maut Dilanggar Lori

June 2nd, 2021 | by Shira
Kini Trending

Rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Begitu juga dengan perancangan, meskipun kita sudah merancang tetapi Allah SWT yang akan menentukan segalanya dan percayalah perancangan-Nya adalah jauh lebih baik.

Begitulah juga yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa bakal isteri yang akan dinikahi 5 hari lagi telah pergi buat selama-lamanya.

Dah edar kad kahwin, cuba baju pengantin

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, mangsa yang dikenali dengan nama Hiliyati akan melangsungkan pernikahan dengan bakal suaminya, Wan Hendrawan pada 5 Jun depan. Difahamkan, pasangan ini juga sudah membuat persiapan perkahwinan termasuklah dari segi pakaian, make up malah kad jemputan juga telah diedarkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Lebih meruntun hati apabila melihat video yang viral di media sosial memaparkan Hiliyati sempat mencuba busana pengantin yang akan dipakai pada 5 Jun nanti. Kelihatan raut wajah Hiliyati sangat gembira dan seakan tidak sabar menanti hari bahagianya. Namun siapa sangka, video dan foto tersebut merupakan kenangan terakhir yang ditinggalkan Hiliyati. Belum sempat menikmati kebahagiaan sebagai suami isteri, Hiliyati sudah dijemput Ilahi.

Menangis sampai hampir pengsan

Foto: Facebook

Menurut sumber, Hiliyati disahkan meninggal dunia pada 31 Mei 2021 selepas motosikal yang ditunggang rakannya dilanggar sebuah lori. Difahamkan, ketika kemalangan berlaku, Hiliyati berada di bahagian pembonceng. Hiliyati sempat dikejarkan ke hospital tetapi tidak lama selepas itu, dia disahkan meninggal dunia. Selain ahli keluarga, pemergian Hiliyati turut dirasai oleh bakal suaminya, Wan Hendrawan.

Selepas mengetahui berita sedih itu, Hendrawan menangis sehingga hampir pengsan ketika jenazah Hiliyati dibawa ke rumah duka. Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan Hendrawan yang berada dalam keadaan lemah sempat dipapah oleh dua individu lain. Sementara itu, Hendrawan menerusi akaun Facebooknya telah meluahkan rasa sedih dengan pemergian insan tersayang.

Tiada yang terjadi di muka bumi ini melainkan kebesaran Allah, perkara yang kita sudah rancang dengan baik, ternyata disebaliknya, Allah mempunyai rancangan lain. Disinilah kita ketahui segala yang kita rancangakan kita serahkan semua kepada Allah, agar ketika perkara yang tidak diingini terjadi kita akan ikhlas menerimanya.

Video terakhir arwah

Video kenangan Hendrawan dan Hiliyati

Sumber: Tribunnews, Wan Hendrawan, Adent Moh

SKIP THIS AD ×