berita

Lagi Kes Bendera Dipasang Terbalik, Netizen ‘Muak’ Alasan Tak Sengaja

August 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral apabila sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menaikkan bendera secara terbalik. Insiden itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-ratanya menganggap ianya membabitkan sentimen awam.

Walau bagaimanapun, menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon insiden tersebut tidak disengajakan dan berharap agar kesilapan begini tidak terjadi lagi.

Kerani tersilap pasang

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail, pihaknya membuat siasatan sebaik sahaja dimaklumkan.

Hasil siasatan di sekolah berkenaan, pagi tadi mendapati insiden berkenaan berikutan kerani tersilap menaikkan bendera dan ia tidak disedari. Namun ia sudah dibetulkan selain nasihat sudah diberikan supaya pihak sekolah lebih berhati-hati selepas ini.

Aduan dan teguran dibuat menerusi akaun Facebook sekolah terbabit, namun sehingga 9 malam tadi bendera berkenaan tidak dibetulkan. Sementara itu, Pemangku Pengarah Pendidikan Johor, Shaharuddin Saari sudah diarahkan untuk membuat pemeriksaan di sekolah berkenaan.

Respon Timbalan Menteri Pendikan

Saya dimaklumkan terdapat sebuah sekolah lagi di Johor yang secara tidak sengaja terbalikan Jalur Gemilang. Seperti tadi, saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat siasatan dan ambil tindakan segera. Saya ternampak banyak komen di media sosial yang menjadikan ini sebagai isu yang mengaitkan dengan kaum tertentu.

Selepas siasatan, didapati kedua-dua insiden ini berlaku secara tidak sengaja, dan saya tidak mahu membincangkan kaum pekerja-pekerja yang terbabit. Mohon menghindarikan isu ini daripada perkauman. Untuk makluman, kedua-dua sekolah telah membetulkan posisi bendera dalam masa terdekat. Saya sekali lagi memberikan amaran yang tegas kepada pihak sekolah, agar memantau ketat tentang kedudukan bendera rasmi di sekolah anda. Kesilapan pekerja secara tidak sengaja bukan lagi alasan yang munasabah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon dalam kenyataan beliau berkata insiden itu berlaku secara tidak sengaja di sekolah berkenaan. Namun, beliau memberi amaran keras kepada pengurusan sekolah supaya lebih bertanggungjawab dan menghormati Jalur Gemilang yang menjadi lambang kebesaran negara.

Dalam pada itu, netizen di media sosial juga mempersoalkan mengapa insiden bendera terbalik kerap berlaku ketika bulan kemerdekaan negara bakal berlangsung dan dilihat disengajakan.

Buat buat tak perasan ke? -Netizen

Sumber : Dr. Mah Hang Soon, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×