berita

Lagi Kes Dirempuh Pemandu Mabuk, Mangsa Cedera Teruk & Retak Tempurung Kepala

June 1st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian bukanlah isu baru. Malah perkara ini sering menjadi pendebatan orang ramai sejak kebelakangan ini kerana rata-ratanya tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan terhadap mereka. Justeru itu, Kementerian Pengangkutan akan meneliti dan mengkaji cadangan untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedia ada.

Terbaru, satu lagi kes kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk berlaku di Kangar pada malam tadi. Lebih menyedihkan mangsa yang merupakan penunggang motosikal mengalami kecederaan teruk dan retak tempurung kepala.

Terbabas ke kiri jalan

Kejadian yang berlaku di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong dekat Pasaraya NFS AMG Trading, Kangar berpunca daripada seorang pemandu warga emas yang mabuk.

Suspek dari arah Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.

Bagaimanapun, setibanya di hadapan Pasaraya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa dan turut merempuh sebuah lori diparkir di bahu jalan.

Dalam kejadian 10 malam tadi, mangsa, Bishamhadi Mohamad Hasbi  dikatakan menunggang motosikal untuk pulang dari kedai runcit sebelum suspek berusia 63 tahun yang memandu sebuah kereta terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang.

Cuba melarikan diri

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 10 minit selepas kejadian berkenaan.

Hasil ujian alkohol terhadap suspek mendapati dia memandu dengan kandungan alkohol melebihi had yang ditetapkan di dalam tubuh badan.

Dia kini berada dalam tahanan polis dan akan dibawa reman pada pagi ini untuk siasatan lanjut, manakala mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan, namun suspek didapati melarikan diri dari hospital sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira satu jam selepas itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×