berita

Lagi Kes Makanan Mahal, Empat Mangkuk Kepala Ikan RM600?

November 21st, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Isu harga mahal di restoran bukan satu isu baru. Kalau sebelum ini, viral harga 2 pinggan nasi mencecah sehingga Rm100. Walau bagaimapun, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan harga yang dikenakan itu berpatutan.

Terbaru, seorang pengguna di Facebook meluahkan rasa kesal apabila harga kepala ikan mencecah sehingga RM600. Memang terkejut betul. Harap pihak KPDNKK boleh siasat mengenai hal ini.

4 kepala ikan harga RM600?

Menerusi status seorang pengguna di laman Facebook, dia memuat naik resit bayaran untuk harga kepala ikan. Empat mangkuk kari ikan yang dipesan berjumlah RM600. Ini bermakna setiap kepala ikan berharga lebih kurang RM150, dan ia belum termasuk hidangan makanan dan minuman lain, menjadikan keseluruhan bil hampir RM1,000.

Terkejut tengok harga

Saya rasa caj yang dikenakan berlebihan. Saya ambil keputusan untuk tidak lagi ke restoran tu. Anda semua, sila berhati-hati.

Saya memang tak tengok menu sebab biasanya tahu purata harga yang nak dibayar. Walaupun dah ada bajet, tapi terkejut bila tengok harga kepala ikan macam tu.

Saya minta pekerja di kaunter tu untuk perjelaskan. Katanya harga ikut saiz kepala ikan. Kalau kepala besar berharga antara RM120 dan RM150, manakala bersaiz kecil antara RM60 dan RM80.

Saya bayar sajalah

Saya bayar sajalah. Takkan tak bayar pula, sebab dah makan. Tapi saya memberi peringatan kepada semua sebab tak nak orang lain pula yang terkena macam kami.

Mana-mana restoran pun, periksa dahulu menu dan lihat harganya sebelum membuat tempahan, lebih-lebih lagi restoran mamak yang jarang sediakan menu dan harga. Jadi, anda kena minta menu terlebih dahulu terutama nak makan kari kepala ikan.

Sumber : Mstar , Faudzy Asrafudeen

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×