berita

Lagi Model Rupa Persis Patung ‘Barbie’, Kali Ini Di China! Gambar Last Tanpa Make Up

July 28th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Baru-baru ini viral mengenai solekan watak ikon anime di media sosial. Terdapat ramai gadis-gadis yang berminat bersolek untuk kelihatan seperti anime. Namun, tidak semua yang mampu untuk mendapatkan solekan yang baik jika tiada bakat.

Bagi model Kina Shen yang berasal dari Shenzen memiliki wajah comel dan berkulit cantik persis patung berjaya mengelirukan orang ramai sama ada patung atau manusia. Dia mempunyai bakat solekan dan pakaian yang tak ubah seperti patung bernyawa.

Ramai followers

Dengan memiliki wajah yang menakjubkan yang kelihatan seperti anak patung dan ia telah menjadi bualan diseluruh dunia. Tidak hairanlah dia mempunyai lebih dari 440,000 followers sejak dia mengaktifkan akaun instagramnya pada tahun 2013.

Koleksi gambar cantik

Kebanyakan pengikut yang mengikutinya di instagram semata-mata untuk melihat koleksi gambar yang dimuat naik oleh Kina Shen. Ini kerana, mereka suka melihat kecantikan yang dimilikinya seperti patung sebenar.

Teruja dengan penampilannya

Dengan memiliki kulit porselin, mata besar dan mulut yang cantik membuatkan setiap gambar yang dikongsikan kelihatan seperti patung berbanding manusia biasa. Ramai yang teruja dengan penampilan yang ditonjolkan.

Tak pakai mekap pun cantik

Ini wajah sebenar Kina Shen tanpa solekan. Dia tetap nampak cantik walaupun tidak bersolek kerana mempunyai wajah yang natural cantik.

Sumber : Kina Shen

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×