berita

Lagu Lama Tercalon #MM28, Alyah Rela Dipertikai

November 6th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28-19

Pada hari Isnin lepas telah berlangsungnya majis Sidang Media Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 yang menyaksikan lagu Permata dendangan Alyah dan Ben Idola Kecil 5 tercalon.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa Permata merupakan lagu lama Alyah yang telah diberi nafas baru pada tahun ini.

Menyedari kemungkinan pencalonan lagu tersebut akan dipertikaikan, Alyah sedari awal lagi telah bersedia dan rela sekiranya pihak atasan menimbang semula penyertaannya.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28-12

Alyah bersama Ben Idola Kecil 5

Tujuan mencalonkan lagu ini sebenarnya adalah untuk menghargai orang yang bekerja dengan saya. Permata merupakan salah satu lagu yang dimuatkan dalam album pertama saya sebelas tahun lepas. Mungkin pada masa itu, tiada tuah yang menyebelahi saya. Jadi saya rasa tak salah jika saya naikkan semula nama orang kuat di sebalik lagu tersebut untuk merasai kejayaan saya sekarang.

Sekiranya pihak atasan ingin menarik semula pencalonan lagu Permata, apalah daya saya untuk menahan?

Selain daripada Permata, Alyah turut tercalon mewakili sebuah lagi lagu berjudul Kau Yang Terindah yang mana liriknya telah ditulis oleh Erma Fatima.

Dalam perkembangan lain, Alyah kini sedang sibuk dalam proses menyiapkan single terbarunya berjudul Ada Cinta dan dijangka bakal diperdengarkan kepada peminat pada bulan Januari tahun hadapan.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 28-27

Menurut Alyah, Ada Cinta mengisahkan tentang seorang yang mempunyai kekasih tetapi merasa dirinya sunyi dan keseorangan.

Ditanya sama ada lagu tersebut dihasilkan berdasarkan pengalaman hidupnya, sambil tergelak Alyah menafikan perkara itu.

Tak juga sebenarnya. Lagu tu tak ada kaitan dengan saya. Tetapi saya rasa peminat muzik di Malaysia ini gemar lagu-lagu berentak balada yang agak sinonim dengan kisah cinta.

Bagi yang sudah lama tidak melihat kemunculan Alyah, di sini OHBULAN! sertakan foto-foto terbarunya yang ditemui sewaktu sidang media Muzik-Muzik 28 di Damansara, Isnin lalu.

SKIP THIS AD ×