berita

Lagu ‘Makan Dalam’ Naim Daniel Untuk Pak Cik, Mak Cik Group WhatsApp

April 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Nama Naim Daniel memang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Selain melibatkan diri dalam bidang lakonan, Naim juga dikenali sebagai seorang penyanyi dan komposer muda yang mempunyai bakat yang sangat besar.

Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya Naim ada berkongsi satu video yang memperdengarkan dirinya itu sedang menyanyi sebuah lagu hasil daripada penulisannya sendiri.

Lagu ini buat pak cik, mak cik

https://www.instagram.com/p/B-rfnpRh-Qc/

Menerusi video berdurasi 02:24 saat yang dikongsikan Naim Daniel berkisahkan sikap segelintir individu yang menggunakan media sosial seperti Whatsapp dan Facebook untuk menyebarkan berita-berita tidak sahih. Lebih-lebih lagi pada musim Covid-19 ini, kebanyakan mereka akan berkongsi tentang berita-berita mengenai wabak itu dan tidak kurang juga ada yang memberi petua merawat Covid-19 di group Whatsapp. Perkara ini secara tidak langsung akan mempengaruhi minda si pembaca terutamanya golongan tua.

Oleh itu, menerusi lagu ini Naim berpesan kepada mak cik dan pak cik yang mempunyai group Whatsapp untuk tidak menghantar mesej-mesej yang tidak sahih sebaliknya rujuklah pada sumber yang boleh dipercayai untuk mengetahui sebarang info terkini dan update mengenai Covid-19.

Tambah Naim lagi, ibunya yang sering menerima mesej-mesej daripada group Whatsapp akan bertanyakan pendapatnya dan apabila dia menyuarakan pendapat yang berbeza maka akan berlaku pertelingkahan kecil antara mereka.

Adakah korang mengalami komplikasi yang sama, dimana parents korang dapat ws pepelik je sepanjang musim covid 19 ni dan diorang pun minta pendapat korang dan akhirnya berakhir dengan pertelingkahan bagai berbeza sokongan politik? Haha, welcome to the club.

Cara ibu dan anak bonding

Menceritakan kisah itu, Naim menerusi kapsyen yang ditulisnya memberitahu bahawa pertelingkahan yang berlaku antara dia dan ibunya itu adalah salah satu cara mereka dua beranak untuk menguatkan lagi hubungan kekeluargaan yang sedia terjalin.

Naim yang sangat rapat dengan ibunya memberitahu harinya tidak lengkap jika tidak bertelagah mulut dan kadangkala dia sendiri akan mencari pasal dan mengusik ibunya itu.

Salah satu punca aku suka duduk bilik je masa PKP ni adalah untuk nak elak dari gaduh dengan mama. Kadang-kadang aku baru je turun tak sampai 3 saat dah gaduh ahahaha. Tapi aku admitlah yang kalau tak gaduh dengan mama sehari memang tak lengkap hari aku. Mama pun rasa macam tu.

Mungkin ni cara aku dengan mama punya bonding, pelik sikitlah tapi. Macam harini pun aku saja je cari pasal tak wish Happy Anniversary Mama dengan Papa yang ke 35 tahun, triggered jugalah dia tadi ahahahahh.

Pengalaman netizen

Sumber: Naim Daniel

SKIP THIS AD ×