berita

‘Lagu Perumahan Ke Tu?’ – Netizen Teruja, Tak Sabar Nak Dengar Lagu Boy Iman

January 6th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Kalau sebelum ini, Dato Seri Vida berjaya menyanyikan lagu  ‘I Am Me’ sehingga menjadi trend. Diikuti pula dengan Dato Aliff dan Sajat dengan lagu ‘Abang Nak Tegur’. Walaupun hebat dikecam netizen, lagu mereka masih menjadi bualan hangat netizen. Nampaknya macam ‘trend’ pula ahli perniagaan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Yang terbaru, pelakon dan ahli perniagaan Datuk Boy Iman pula bakal muncul dengan single berjudul #MalasNakLayan.  Boy telah memuat naik mengenai perkara tersebut menerusi sebuah entri di Instagramnya 3 hari lalu.

Malas nak layan

X sabar nak launch single lagu saya dan mtv, #malasnaklayan..Dibuat khas selepas berlakunya “musibah” pada diri saya.
Untuk semua yg support dan haters saya. Dicipta sepenuhnya oleh Edry KRU.
Lirik oleh Edry/DBI/Becky. Terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd.

#dbientertainment
#dbientertainmentsdnbhd
#dbi
#datoboyiman
#datodrboyiman

Menerusi perkongsian itu, Boy memberitahu lagu tersebut dicipta khas selepas musibah yang menimpa dirinya dan ditujukan kepada semua penyokong termasuk ‘hatters’. Single tersebut dicipta sepenuhnya Edry Kru dan diterbitkan oleh DBI Entertainment Sdn. Bhd. Menurut Boy lagi, dia sudah tidak sabar untuk melancarkan lagu dan muzik video single sulungnya itu.

Ramai tak sabar?

Sumber : Dato Boy Iman, Gempak

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×