berita

‘Dah Usaha, Tawakal’- Lagu Tak Dapat Sambutan, Amir Jahari ‘Give Up’

October 24th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selain menyanyi, bekas peserta rancangan realiti, Amir Jahari bergiat aktif dalam penulisan lirik lagu dan muzik. Popular dengan lagu Tanpamu, Amir walaubagaimanapun dilihat tidak begitu bersinar dalam industri muzik tanah air.

Terbaru, menerusi Twitter dia menulis seakan sudah berputus asa ekoran lagu tidak mendapat sambutan hangat daripada pendengar.

Rasa macam dah putus harapan – Amir Jahari

Mendapat lebih 700 retweet dan 1k likes, Amir merasakan dia tidak mendapat sambutan daripada pendengar kerana muzik yang dibawakannya berbeza. Mungkin muziknya sukar diterima kerana tidak relevan dengan citarasa rakyat Malaysia.

Tidak tahu apa akan berlaku di showcase pada bulan 11 nanti. Dia merasa seakan sudah berputus asa.

‘Muzik anda buat saya happy, jangan berhenti’

Menerusi ruangan balas, para peminat mahu penyanyi berbakat ini terus menghasilkan karya terbaik dan tidak mudah menyerah kalah. Biarpun tidak sepopular penyanyi lain, Amir Jahari sebenarnya mempunyai pengikut yang tersendiri.

Antara lagu popular

Sumber : Amir Jahari

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×