berita

Lagu Yuna Calon Awal Anugerah Oscar

January 7th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

yunaSudah semestinya mencipta nama di industri muzik antarabangsa menjadi satu impian besar buat semua artis Malaysia.  Terbaru, lagu ‘Shine Your Way’ nyanyian Yuna bersama Owl City telah tercalon dalam senarai awal anugerah Oscar ke-86.

Menurut laporan Berita Harian, Yuna ataupun nama sebenarnya Yunalis Zarai berasa teruja dengan pengiktirafan yang diterima melalui lagu ciptaan Adam Young ini.

Artikel berkaitan:Monday Music : Shine Your Way Oleh Yuna & Owl City

“Walaupun saya hanya berduet dalam lagu ini, namun saya sangat gembira dan teruja kerana lagu ini terpilih ke Oscar. Harapan saya dapat terus menyumbang lebih banyak lagi bakat saya dalam filem akan datang, tidak kira di Hollywood atau Malaysia.”

Owl-City-Yuna-shine-your-way-The-Croods-soundtrack-600x450Lagu dendangan Yuna dan Owl City tercalon dalam senarai awal anugerah Oscar ke-86

Lagu ‘Shine Your Way’ yang juga merupakan runut lagu rasmi filem animasi The Croods ini dicalonkan untuk senarai awal kategori Original Song.

Bagaimanapun, gadis berusia 27 tahun ini tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk lagu ini disenarai pendek dalam pencalonan itu. Jom sama-sama kita lihat video klip lagu ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×