berita

Lahir Bayi Tabung Uji Demi Selamatkan Nyawa Kakak, Ini Kisah Derita Molly Nash Penghidap Kanser Leukemia

October 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Dijangka hanya mampu hidup sehingga usia 10 tahun, kisah Molly Nash yang merupakan salah seorang pesakit kanser ini ternyata menyentuh hati dan perasaan masyarakat dunia suatu ketika dahulu. Bukan itu sahaja, terdapat juga pengarah filem yang menjadikan kisah Molly ini sebagai sumber inspirasi dalam karya mereka.

Siapa Molly Nash?

Foto: Molly Nash semasa bayi (The Denver Channel)

Molly Nash merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan pada 4 Julai 1994 di Colorado, Amerika Syarikat. Dia merupakan anak tunggal kepada pasangan Lisa dan John Nash. Sewaktu dilahirkan, beratnya hanya 2 kilogram dan wajahnya kelihatan sungguh pucat tidak sama seperti bayi yang lain. Pada waktu itu juga, doktor dan jururawat terkejut melihat tangan dan lengan Molly. Menurut mereka, bentuk tangan dan jari Molly tidak sama seperti bayi normal yang lain. Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan Molly ketika itu.

Suasana di hospital daripada kegembiraan bertukar menjadi tangisan apabila Lisa menangis mengenangkan nasib anaknya yang baru dilahirkan. Lebih menyedihkan, doktor memberitahu bahawa Molly hanya mampu hidup sehingga usianya 10 tahun. Ini kerana, hasil pemeriksaan mendapati Molly menghidap penyakit Fanconi Anemia (FA) iatu penyakit darah yang teruk sehingga boleh menyebabkan kanser.

Melalui kajian doktor, genetik yang dimiliki oleh Molly itu boleh menyebakan dia mengalami kegagalan sumsum tulang pada usianya enam tahun. Lebih parah, dia juga akan menghidap leukemia pada usia lapan tahun. Oleh sebab itu, doktor hanya mampu memberi gambaran awal mengenai jangka hayat Molly.

Perlu jalani rawatan

Foto: Ketika Adam dilahirkan

Salah satu rawatan yang boleh dilakukan bagi pesakit yang mengalami kegagalan sumsum tulang dan leukemia adalah melakukan pemindahan tulang sumsum. Mendengar mengenai rawatan tersebut, Lisa dan John meminta pertolongan ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat jika mereka mempunyai tulang sumsum yang sepadan. Oleh kerana, Molly tidak mempunyai adik beradik yang lain, mereka perlu berharap dan menunggu penderma untuk jangka masa yang agak lama.

Di samping itu, doktor turut memberitahu bahawa pemindahan tulang sumsum ini bukan semuanya berjaya. Kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan ini akan meninggal dunia kerana penolakan cantuman. Pada tahun 1994, doktor telah menawarkan satu lagi pilihan lain buat ibu dan ayah Molly iaitu pemilihan embrio. Memandangkan potensi melakukan pemindahan tulang sumsum tempoh hari sangat tipis dan sukar untuk mendapatkan penderma, pasangan ini bersetuju melakukan pemilihan embrio.

Menggunakan teknologi baru, doktor dapat menjalani ujian genetik secara cepat pada sel-sel yang terhasil dan secara tidak langsung Molly bakal mempunyai adik. Pelbagai cara telah dilakukan oleh doktor bagi memastikan sperma yang terhasil dan ovari yang sedia ada tidak mempunyai genetik yang sama dengan Molly. Pada 29 Ogos 2000, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adam Nash. Selang beberapa minggu selepas kelahiran Adam, Molly telah menerima tulang sumsum yang baru daripada adiknya.

Kehidupan sebagai adik beradik

Ketika Adam berusia 5 tahun, Lisa memberitahu anak-anaknya sama seperti kanak-kanak lain. Mereka saling bertengkar dan ada kalanya mereka akan bermanja antara satu sama lain. Molly juga sering menjaga adiknya ketika Lisa sedang melakukan kerja rumah. Ada satu momen di mana Molly menghayun buaian adiknya. Meskipun Molly tidak sama seperti kanak-kanak lain, dia merupakan kakak yang baik kepada Adam dan Delaine.

Buat pengetahuan korang, Molly dan Adam mempunyai seorang adik lagi iaitu Delaine yang berusia tiga tahun lebih muda daripada Adam. Delaine dilahirkan menggunakan kaedah yang sama seperti Adam. Berbalik kepada tahap kesihatan Molly, dia menunjukkan peningkatan yang amat baik namun, doktor mengesahkan dia masih menghidap penyakit tersebut. Seperti ramai yang menghidap penyakit ini, Molly makan melalui saluran makanan. Walaupun boleh makan sendiri, Molly tidak pernah mengalami kelaparan. Lisa akan memberikan kentang goreng buat anaknya dan beg formula pada waktu tidur. Setiap tahun, Molly mempunyai 35 hingga 40 temu janji dengan doktor yang merawatnya. Pemeriksaan lebih tertumpu kepada rawatan kansernya.

Setelah 17 tahun berlalu, mereka kini menjadi remaja yang bahagia. Walaupun penderitaan dan kesakitan masih ditanggung dan dirasai oleh Molly, dia sangat bersyukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk hidup bersama keluarga tercinta. Tambahnya, pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapanya termasuk adiknya Adam, akan sentiasa diingati olehnya.

Kontroversi

Pada 4 Januari 2001, Lisa dan suaminya menjadi tumpuan para media. Pelbagai soalan diajukan oleh wartawan buat pasangan itu. Antara soalan yang ditanyakan ialah kenapa mereka melakukan ujian transplant dan membenarkan para saintis untuk melakukan eksperimen mengenai perubahan genetik yang mampu mempengaruhi generasi muda pada masa hadapan walaupun tujuan utama adalah untuk menyembuhkan penyakit. Malah, beberapa dokumentari utama menggunakan tajuk ‘Bayi tabung uji dilahirkan untuk menyelamatkan nyawa kakak’ telah disiarkan di seluruh media pada masa tersebut.

Kisah Molly dijadikan filem

Pada 26 Jun 2009, pengarah terkenal Nick Cassavetes, telah menghasilkan sebuah filem ‘My Sister’s Keeper’. Filem tersebut diinspirasikan daripada kisah Molly. Filem ini juga telah memenangi beberapa anugerah seperti Young Artist Award for Best Leading Young Actress in a Feature Film, MORE. Beberapa orang barisan pelakon hebat turut membintangi filem ini. Antara pelakon tersebut ialah Sofia Vassilieva, Abigail Bresli, Cameron Diaz dan ramai lagi. Korang kalau nak tahu lebih lanjut dan menghayati lebih dalam mengenai kehidupan Molly, korang boleh tonton filem ini.

Sumber: Twin Cities, Children with Cancer & 5280.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×