berita

‘Lain Kali Jaga Adab & Jaga Mulut’ – Ajak Shiro Cari Netizen Tinggalkan Komen Biadap Di Instagram

September 26th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berang dengan tindakan seorang pemilik akaun Instagram, pelawak terkenal Ajak Shiro, sanggup menawarkan hadiah wang tunai RM500 bagi netizen yang berjaya mengesan individu disebalik akaun @aasincomel.

Menurut Ajak, pemilik akaun tersebut telah meninggalkan komen menggunakan bahasa kesat pada salah satu video yang dilakukan olehnya. Tambahnya, individu tersebut turut kecam anaknya Nadia Soffea. Siapa agaknya individu tersebut?

Kecam aku sudahlah

https://www.instagram.com/p/B2yPY7uhNch/

Menerusi Instagram Ajak, dia memberitahu bahawa individu tersebut memanggil dirinya pund*k ketika melakukan video bersama anaknya. Tambahnya, pemilik akaun berkenaan tidak seharusnya kecam anaknya. Berang dengan perlakuan individu tersebut, pelawak itu menawarkan ganjaran buat netizen yang menjumpai pemilik sebenar akaun @aasincomel itu.

Walau bagaimanapun, Ajak telah memadam video yang dikongsikan bagi tujuan mengelak lebih banyak komen negatif berikutan perbuatan tidak bermoral individu berkenaan. Netizen turut memberi pandangan bahawa pelawak itu tidak perlu melayan komen tersebut kerana akaun Instagram yang digunakan dipercayai palsu.

Lain kali jaga adab dan mulut

https://www.instagram.com/p/B2yatr6h9bv/

Selepas beberapa jam kemudian, Ajak memuat naik satu video permohonan maaf. Menurut Ajak, permohonan maaf tersebut dilakukan atas sebab sikapnya yang terburu-buru dan bertindak di luar kawalan ketika bengang dengan individu tersebut. Pada masa yang sama, dia turut memaafkan individu tersebut dan memesan agar individu itu tidak mengulangi perbuatan yang sama lagi.

Macam-macam budak ni panggil

Rata-rata rakan artis seperti Dato Ac Mizal, Hisyam Hamid, Akim Ahmad, Radin dan Fad Bocey setuju dengan tindakan Ajak untuk mengajar individu tersebut. Menurut mereka, individu sebegitu perlu dididik dan diberikan penerangan mengenai adab ketika hendak melontarkan sebarang komen mahupun bercakap.

Pelawak Abam Bocey, turut meninggalkan komen mengenai situasi yang dialami oleh Ajak. Menurut Abam, dia turut menerima pelbagai panggilan daripada individu sebegitu. Lebih menyedihkan, perkataan kesat yang digunakan sangat tidak melambangkan adab individu tersebut.

Sumber: Ajak Shiro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×