Semalam, viral foto pintu tandas ditanda ‘X’ yang dikongsi seorang pengguna lebuhraya. Foto itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya lucu dengan penjarakan tandas yang diamalkan. Malah tak kurang juga memberi pandangan mengenai perkara ini yang dirasakan agak menyukarkan ramai orang terutama sekali di musim orang ramai pulang ke kampung.
Di Facebook, seorang doktor turut tidak bersetuju apabila tandas diselang-seli bagi mengelakkan wabak Covid-19 merebak. Menurutnya, dinding penghalang di tandas sudah cukup untuk menghalang penjarakan antara manusia.
Tandas diselang seli
Tak faham rasionalnya buat selang seli tandas yang boleh digunakan. Buat macam ini lagi mendedahkan bahaya pengguna tandas sebab ramai beratur di luar. Rasanya droplet tak boleh melompat dari satu tandas ke satu tandas.
Menurut pengguna tandas tersebut, tindakan mereka selang seli antara tandas menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu dan beratur. Perkongsian itu mendapat perhatian netizen termasuk seorang doktor di Facebook. Macam lawak pun ada.
Dinding penghalang sudah memadai
Takkan tiada kompromi langsung. Lurus bendul tanpa merujuk kepada pihak yang lebih arif dalam bab larangan PKP? Saya lihat tandas di satu RR yang dilebel X, selang seli tidak benarkan masuk. Sedangkan tak perlu sampai terlalu ketat penjarakan sosial sedemikian rupa pun. Dinding, pintu yang menghadang antara dua orang yang sedang kencing sudah memadai. Tak perlu lah diselang seli jarak tandas. Lainlah tandas berdiri pancut kat dinding tu, perlulah dijarakkan 1 meter. Begitu juga dengan ahli jemaah masjid yang terlupa bawa sejadah.
Yang dia ada hanya kain sapu tangan untuk ganti sejadah. Berdiplomasi la sikit. Tak perlu halau balik jemaah yang nak solat kat masjid tu. Kalau tak pakai pelitup muka munasabah juga sebab ianya lebih diambil perhatian penting dalam mencegah perebakan virus. Begitu juga jika ada ahli jemaah yang nak kencing di tandas masjid, dahlah bermusafir jauh, nak buang air kecil dan nak ambik wuduk pun dihalang. Kena lah memberi kelonggaran bab ni. Walaupun termaktub dalam arahan PKP, selagi beliau menjaga jarak sosial, tidak tersesak-sesak dalam tandas atau pun tidak bersentuhan sesama pengguna tandas, maka benarkanlah. Kekadang common sense dan nilai kemanusiaan pun perlu. Sekian sekilas pandangan.
Menurut doktor ini, dinding penghalang antara tandas dan tandas sudah cukup. Tidak perlu sehingga penjarakan begini yang boleh menyusahkan ramai pihak. Begitu juga dengan ahli jemaah masjid yang tidak membawa sejadah sendiri, tidak perlu dihalau. Apa yang penting adalah diri kita masih mengamalkan SOP ditetapkan.
Netizen terhibur
Sumber : Suhazeli Abdullah