berita

Lakonan Semakin Hebat, Da’i Wan Puji Kehadiran Fazura Dalam Hidup Fattah Amin – ‘Fazura Percaya Pada Suami Dia’

June 27th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Baru-baru ini, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan menjadi bualan hangat selepas memecah panggung dengan kutipan RM11 juta dalam tempoh empat hari tayangan. Filem tersebut dikatakan berjaya mengatasi filem antarabangsa Jurassic World dan Top Gun Maverick.

Antara perkara yang menarik perhatian ramai tentang filem tersebut adalah lakonan pelakon Fattah Amin yang dikatakan semakin hebat dan perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas Da’i Wan Dazrin.

‘Suami pun ada hati & perasaan’

Dalam satu hantaran di halaman Facebook milik ustaz selebriti itu, Da’i Wan mengakui bahawa dia sendiri tahu tentang lakonan Fattah yang dulunya sering dikecam ‘kayu’, namun kini bertambah baik selepas kehadiran seorang isteri.

Menurut Da’i Wan, dia sering melihat Fazura membuat hantaran memberi semangat kepada Fattah, dan padanya, kata-kata semangat daripada seorang isteri itu mampu membuat seseorang suami menjadi versi terbaik diri mereka sendiri.

Saya tahu, saudara Fattah Amin dulu banyak kali dikecam kerana lakonan dia. Tapi satu benda yang saya selalu nampak dan nak buat sharing pada kalian hari ini. Tentang kehadiran seorang ‘Isteri’.

Sekiranya posisi kalian sekarang adalah seorang isteri, ketahuilah. Betapa pentingnya peranan kalian dalam mengubah seorang suami itu juga. Tidak semestinya dengan didikan dan bebelan sahaja.

Bila kali terakhir kamu puji suami kamu? Bila kali terakhir kamu senantiasa menjadi penyokong dia walaupun dia banyak kekurangan?

Jangan hanya memikiran tentang ‘Perasaan’ dan ‘Hati’ kamu tapi kamu terlupa tentang suami yang juga punya perasaan dan hati sama.

‘Isteri begitu persis Fazura’

Tambah Da’i Wan, sokongan yang diberikan seorang isteri seperti Fazura mampu menjadi pendorong bagi kaum lelaki untuk menjadi pemimpin yang lebih baik.

Isteri begitu adalah persis Fazura. Saya perasan Pn Fazura, telah pun meletakkan kepercayaan itu pada suami dia, walaupun dia lagi sibuk sebagai seorang usahawan dan selebriti tanah air, tapi dia tetap percaya suami dia istimewa, risaukan keadaan suami dia, dan suami dia dapat buktikan yang ‘He can do it’.

Cukuplah itu menjadi pendorong kami utk menjadi pemimpin yang terbaik.

Sumber: Facebook Da’i Wan

SKIP THIS AD ×