berita

‘Lama Mereka Tidur, Badan Jadi Hitam’ – Kematian Ibu Bapa Terbongkar Apabila Si Anak..

October 26th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Menyangkakan ibu bapa sedang tidur, seorang kanak-kanak berumur lima tahun di Rusia terpaksa menjaga diri sendiri dan adik lelaki berusia satu tahun. Siapa sangka ibu bapa mereka sebenarnya sudah meninggal dunia selama tiga hari akibat keracunan makanan.

Tak bangun berhari-hari

Foto: VK.com

Kematian itu terbongkar apabila pasangan Alexander dan Viktoria Yakunin tidak hadir pada perjumpaan keluarga yang diadakan. Ibu saudara yang berasa tidak sedap hati segera menghubungi si bapa namun panggilan dijawab anak saudara yang berusia lima tahun.

Menurut si anak, ibu bapanya sedang tidur dan tidak bangun selama berhari-hari. Malah, badan ayahnya bertukar menjadi hitam selepas makan jeruk. Tambahnya, dia mengambil alih tugas menjaga adiknya yang berusia satu tahun.

Keracunan makanan

Foto: VK.com

Selepas mengetahui insiden mengejutkan itu, ibu saudara, Natalia Bakulina segera bergegas ke flat di kawasan Leningrad Rusia untuk memeriksa keadaan mereka.

Saya melulu masuk dan nampak segala-galanya. Saya jatuh terduduk dan menjerit.

Menurut Natalia lagi, pasangan itu ditemui mati di atas katil. Dia segera menelefon polis dan membawa kedua-dua anak saudaranya keluar dari kawasan kejadian.

Hasil siasatan mendapati sehari sebelum kejadian, nenek mangsa ada memberi sebekas jeruk yang dibuatnya sendiri. Jeruk tersebut ditemui di dapur rumah dalam keadaan terbuka.

Oleh itu, pihak berkuasa tidak menolak punca kematian adalah disebabkan oleh keracunan makanan. Mereka turut mengesyaki toksin botulinum dari jeruk adalah penyebab kematian pasangan itu.

Menurut jiran, Mikhail Khomchenko, pasangan itu digambarkan sebagai pasangan romantis dan sempurna. Dia turut menafikan ada kemungkinan faktor lain yang menyebabkan mereka terkorban.

Sumber: mirror.co.uk

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×