berita

Lama Tak Upload Gambar Di IG, Peminat Pelik Naim Daniel Tiba-Tiba Kongsi Foto Duduk Terkangkang

September 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Hampir seminggu lebih tidak memuat naik sebarang foto di Instagram, penyanyi, Naim Daniel berjaya mencuri tumpuan netizen apabila foto terbarunya yang sedang duduk ‘terkangkang’ mendapat pelbagai komen dan reaksi daripada netizen.

‘Belanja’ nampak

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! kali terakhir Naim Daniel memuat naik foto di akaun Instagramnya adalah pada 18 September yang lalu. Terbaru, Naim dipercayai melakukan ‘review’ mengenai sebuah jenama seluar terkenal di dunia. Namun begitu, aksi Naim yang duduk terkangkang pada waktu tersebut telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang melihatnya.

Buka IG terus nampak

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat foto Naim yang sedang duduk terkangkang. Netizen sempat berseloroh dan berpesan kepada Naim agar tidak duduk terlalu lama dalam posisi tersebut. Ini kerana, pelantun suara ‘Purnama’ itu akan berasa penat dan sukar untuk berdiri semula. Pada masa yang sama, netizen turut berpesan kepada Naim agar tidak posing terlalu ‘belanja’ kepada umum selepas ini.

Selain netizen, rakan artis seperti Ruhainies dan Sufian Suhaimi turut meninggalkan komen di posting Naim Daniel.

Sumber: Naim Daniel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×