berita

Lamaran Kahwin Ditolak, Wanita Selamba Rembat Barang Kekasih Cecah RM30k

November 16th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara ajakan untuk berkahwin ditolak, seorang wanita dipercayai melarikan perkakas elektrik serta sebuah basikal milik teman lelakinya di sebuah pangsapuri di Pandan Perdana di sini pada 16 September lalu.

Artikel Berkaitan: Lamaran Di Gantung Kain Putih Kena ‘Reject’, Atas Alasan, ‘Awak Tidur Dengan Abang Saya’

Artikel Berkaitan: Jarak Umur 32 Tahun, Pensyarah Setuju Kahwini Pelajar Lepas Seminggu Tolak Lamaran

Curi basikal teman lelaki

Difahamkan, suspek, 37, menumpang di unit pangsapuri teman lelakinya itu sebelum dia mencuri pelbagai barangan milik mangsa, 54, yang mencecah RM30,000.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, suspek berjaya ditahan pada Isnin.

Pengadu ada menghubungi suspek dan dia mengaku mengambil kesemua barang berkenaan serta enggan memulangkannya semula.

Polis turut merampas kembali beberapa barang kes iaitu sejumlah perkakasan elektrik rumah dan sebuah basikal. Hasil semakan mendapati suspek yang juga penganggur itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Suspek kini telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×