berita

Wanita Curi Teksi Sebab Kecewa Ajakan Seks Ditolak Pemandu

November 15th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita Thailand ditahan oleh Pegawai Biro Siasatan Pusat (CIB) kerana mencuri teksi selepas pemandu itu enggan melakukan hubungan seks dengannya.

Artikel Berkaitan: Ajakan Seks Ditolak Bakal Isteri, Lelaki Batal Majlis Nikah Berbaki Seminggu – ‘Ya Allah, Sabar Sayang..’

Artikel Berkaitan: Bapa Mentua Kelar Leher Menantu Hamil 7 Bulan Sampai Mati, Didakwa Punca Ajakan Seks Ditolak

Berhenti di stesen minyak

Menerusi laporan Thaiger News, pemandu teksi telah memfailkan aduan di Balai Polis Thayang, Thailand selepas wanita itu melarikan keretanya.

Menurut pemandu itu, suspek yang dikenali sebagai Jirat, 38, mengupahnya untuk perjalanan dari Bangkok ke wilayah Phetchaburi dengan bayaran 3,000 baht (RM392).

Setelah tiba di destinasinya, Jirat menyatakan minatnya terhadap pemandu teksi tersebut dan ingin melakukan hubungan seks dengannya namun ditolak.

Jirat akur dengan keputusan pemandu teksi itu dan kemudian memintanya untuk menjemput Jirat pada hari berikutnya.

Dalam perjalanan ke Bangkok, pemandu itu berhenti di stesen minyak untuk menggunakan tandas. Setelah saja selesai, dia terkejut apabila mendapati keretanya telah hilang.

Sementara itu, pegawai Balai Polis Thayang bekerjasama dengan CIB dan Polis Lebuhraya berjaya menemukan teksi tersebut dan Jirat berjaya ditangkap lalu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Jiran mengakui kesalahannya melakukan kecurian itu dan menghadapi pertuduhan kerana melarikan harta yang diperoleh melalui kecurian.

Disebabkan itu, Jirat dijatuhkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga 100,000 baht (RM13,223.46) atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Thaiger News

SKIP THIS AD ×