berita

Gara-Gara ‘Reject’ Lamaran Kahwin, Wanita Dicekik Hingga Mati – ‘Ajak Masuk Hutan Buat Hubungan Seks’

October 12th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mayat seorang wanita ditemui di kawasan Gunung Japura Desa Nagrog, Jawa Barat pada Khamis lalu.

Artikel Berkaitan: Suami Penggal Kepala Isteri Sebab Syak Jalin Hubungan Sulit Dengan Anak Lelaki

Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu, Lelaki Hentak Kepala ‘Girlfriend’ Guna Tong Gas Sampai Mati

Artikel Berkaitan: Cemburu Punca Jururawat Dibunuh Suami, Mayat Berlumuran Darah Dibalut Selimut Tebal

Lamaran ditolak

Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, mangsa dibunuh oleh teman lelakinya atas sebab menolak lamaran suspek.

Menurut Ketua Polis Bandung, Pesuruhjaya Polis Kusworo Wibowo, suspek dan mangsa telah menjalinkan hubungan lebih kurang empat bulan.

Suspek mengajak mangsa berkahwin, tetapi mangsa tidak mahu. Ini kerana anak mangsa masih belum dapat menerima bapa baharu.

Tambahnya lagi, suspek mengajak mangsa ke hutan untuk melakukan seks terlebih dahulu sebelum membunuhnya.

Jadi suspek mengajak mangsa ke tengah hutan, membuat temu janji untuk berjumpa. Tujuannya adalah untuk melakukan hubungan seksual terlebih dahulu dan selepas itu, ia merancang untuk membunuh mangsa.

Niat suspek membawa mangsa ke dalam hutan supaya dia tidak perlu menyembunyikan mayat tersebut. Suspek hanya menutup mayat mangsa dengan daun kering.

Selepas hubungan melakukan seks, suspek sekali lagi mengajak mangsa untuk berkahwin, namun mangsa masih menolak lamaran tersebut. Suspek terus mencekik mangsa sehingga mati kemudian badan mangsa ditutup dengan daun kering.

Bukan itu sahaja, suspek malah mengambil telefon bimbit mangsa dan mengambil wang

Selepas Kusworo menjelaskan, suspek mengambil telefon bimbit mangsa dan turut mengambil wang sebanyak Rp150 ribu (RM45.22)  milik mangsa.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×