berita

Lambat Ambil Bungkusan Makanan Atas Tembok Rumah, Pekerja Pembersihan Terus Buang

June 8th, 2022 | by khairil
Video Popular

Sumber: papayamid02

Sejak pandemik melanda negara, permintaan perkhidmatan penghantaran makanan semakin meningkat kerana memudahkan urusan jual beli. Kebiasaannya pelanggan akan meminta penghantar makanan meletakkan bungkusan di atas tembok rumah atau menggantung sahaja di pagar.

Lambat ambil pesanan

Sumber: papayamid02

Tetapi baru-baru ini tular sebuah rakaman yang memaparkan bungkusan makanan yang dipesan dikutip pekerja pembersihan sebelum pelanggan mengambilnya.

Dalam satu rakaman dari CCTV di depan rumah kelihatan seorang lelaki dipercayai pekerja pemungut sampah mendekati pagar kediaman tersebut dan terus mengambil bungkusan di atas pagar rumah itu.

Lebih mengejutkan, bungkusan makanan itu terus dibuang ke dalam lori sampah. Berkemungkinan pekerja tersebut mendakwa bungkusan itu adalah sampah.

Rakaman yang berdurasi 13 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu telah berjaya meraih 249 ribu tontonan dan 5,800 tanda suka.

Video penuh

@papayamid02 #fun #fyp #lawak ? Funny Laugh no no no – Sound Effect

‘Dik tinggal je kat tembok tu’

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap rakaman yang memaparkan situasi bungkusan selamat dikutip pemungut sampah ini. Ada juga yang memberi tips agar meletakkan bakul di pagar rumah supaya dapat meletakkan bungkusan makanan yang dipesan.

Sumber: papayamid02

SKIP THIS AD ×