berita

‘Lambat Call Bomba’ – Lima Maut Dalam Kebakaran Rumah Di Klang, Jiran Kongsi Video

November 4th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Empat sekeluarga dan seorang jiran mereka maut dalam satu kejadian kebakaran di satu deretan lima unit rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek, Klang. Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu melibatkan pasangan suami isteri Fauzi Daut dan Sarimah Yusuf.

Dalam rumah tersebut, kakak kepada Fauzi, Fauziah Daut yang baru sehari tiba dari Terengganu dan Mohd Amirudin Ali berusia 12 tahun merupakan anak saudara mereka turut meninggal dunia dalam kejadian itu. Ibu bapa kanak-kanak itu dimaklumkan keluar bekerja dan menumpangkan anak di rumah mereka.

2 jam setengah baru dapat padam

Dari pukul 3 pagi sampai pukul 5 pagi lebih baru dapat padam api sebab sorang pun tak de yang call bomba orang lorong sebelah yang call bomba. Dekat pukul 4 baru bomba sampai, kebanyakan rumah semua berkunci lepas selesai bomba memadam kan api.

Di Facebook, seorang individu dikenali sebagai Nana memberitahu bahawa jiran tetangga di kawasan tersebut lambat menghubungi pihak bomba. Tambahnya lagi, kebanyakan rumah di sekitar berkunci selepas selesai memadam api.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, semua mayat mangsa yang sudah dikenal pasti itu dikeluarkan 8 pagi tadi. Bomba mendapati mangsa semua bersembunyi di bilik air. Mayat mangsa di rumah pertama sempurna, di rumah kedua, satu rentung 80 peratus dan tiga lagi terbakar 30 peratus.

Siasatan awal mendapati pintu dapur, laluan keluar itu terkunci. Kemungkinan mereka panik tidak dapat cari kunci, menyebabkan mereka tidak boleh keluar dan berkumpul dalam bilik air dengan harapan boleh menyelamatkan mereka.

Mangsa rumah pertama ditemui duduk dalam kolah air dipercayai untuk menyejukkan badan, manakala di rumah kedua ketiga-tiga mangsa berada di dalam tandas dan kanak-kanak yang rentung 80 peratus itu berada di luar tandas.

Telefon lambat

(Sumber video : Klangkampunghalamanku)

Sebaik tiba, api sudah merebak ke lima-lima unit rumah dan kami dimaklumkan ada mangsa terperangkap, jadi anggota cuba untuk masuk menyelamat tetapi api sedang marak.

Dalam pada itu, pihak bomba percaya panggilan dibuat agak lambat memandangkan api sudah marak tinggi. Menurut saksi, mereka dengar ada bunyi letupan dan memanggil penghuni rumah ketiga, keempat dan kelima kerana ketika itu api marak di rumah pertama dan kedua. Mereka juga memaklumkan tiada kedengaran suara mangsa meminta tolong.

Pihak bomba juga mendapati rumah sewa yang dihuni warganegara Kemboja sejak 1994 itu dibina tanpa merujuk pihak berwajib dan tiada ciri-ciri keselamatan malah tiada dinding pemisah di antara rumah ke rumah.

Kemungkinan kebakaran mudah merebak kerana tiada penghalang api dan juga asap. Bunyi letupan yang didengar itu kami sedang siasat sama ada daripada gas memasak atau lain-lain peralatan elektrik sebab kita dapat tahu.

Pihak bomba menjangkakan letupan itu mungkin dari ketuhar memandangkan peralatan tersebut mudah meletup. Semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.

Sumber : Harian Metro,NanaKlangkampunghalamanku

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×