Pelakon, Lana Nodin memberitahu dia mengalami jangkitan kuman pada bahagian usus sehingga terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Pun Tak Tahu Sakit Apa?’ – Lana Nodin Meraung Kesakitan, Kena Masuk Hospital
Jangkitan kuman bahagian usus
Menerusi perkongsian di Instagram, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, berkata, dia buntu dan tidak tahu bagaimana boleh jatuh sakit secara tiba-tiba.
Doktor sahkan saya ada jangkitan pada bahagian usus sehingga ia bengkak. Tidak tahu puncanya dari mana. Mungkin salah makan. Saya tak boleh bangun sejak empat hari sebelum ini. Sekarang tak boleh balik rumah selagi usus masih bengkak.
Tambah Lana, dia masih dalam keadaan lemah dan kerap batuk. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memohon doa orang ramai agar dia segera sembuh.
Terima kasih kepada yang bertanya khabar. Doakan saya semoga cepat sembuh dan dapat pulang ke rumah bersama keluarga. Saya mohon maaf kepada semua terutama rakan media dan artis kerana tidak dapat membalas mesej dan menjawab panggilan kalian.
Terdahulu, pengurus Lana memberitahu Lana terpaksa dikejarkan ke hospital selepas tiba-tiba mengalami kesakitan yang teruk pagi tadi dan tidak tahu punca penyakit yang dihadapi.
Sumber: Lana Nodin