berita

Lana Nodin Mengaku Dilamar 3 Jejaka

February 11th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-02-10 at 3.47.22 PM

Tidak pernah rasa bosan untuk mencari cinta, Lana Nodin yang baru-baru ini didakwa menjadi punca kepada keretakan hubungan Adira dan kekasihnya kini mengakui sudah mempunyai senarai calon suami.

Artikel Berkaitan: Lana Nodin Nafi Punca Adira Putus Cinta

Pelakon seksi yang pernah dikecewakan oleh Johan As’ari ini juga memberitahu bahawa dia mahu membuat pilihan terbaik antara 3 orang jejaka yang telah melamarnya.

“Calon-calon tersebut bukan orang dalam industri. Nanti kalau sudah betul-betul saya akan beritahu. Saya tengah nilai mana satu yang serasi dengan saya. Saya belum buat keputusan dan berharap nanti akan diberikan petunjuk bila buat umrah.”

Screen Shot 2014-02-10 at 3.49.08 PMLana bakal mengerjakan Umrah bersama Lisdawati

Bimbang dengan usianya yang sudah mencecah 35 tahun, Lana menjelaskan bahawa dia sudah bersedia bergelar seorang isteri dan ingin mendirikan rumahtangga secepat mungkin.

“Saya cakap dengan mereka, kalau serius boleh terus hantar rombongan. Saya dah tiada masa nak bercinta-cinta ni. Lepas kahwin pun boleh bercinta.”

Ditanya mengenai persiapannya untuk menunaikan ibadah umrah pada 28 Februari depan, Lana memberitahu bahawa dia akan menghadiri kelas-kelas usrah bersama sahabatnya, Lisdawati.

“Saya sedang menunggu kelulusan visa. Kalau semua okay, Insya Allah, hujung bulan ini kami akan ke sana. Sebenarnya dah 2 tahun berhasrat nak tunaikan umrah, tapi tahun ini baru tertunai. Kali ini urusan saya lebih dipermudahkan.

Sekarang ini saya masih ada penggambaran. Tapi dalam seminggu sebelum ke umrah saya akan fokus untuk menghafal doa-doa makbul dan lain-lain. Lisdawati dah pernah ke sana, nanti apa-apa saya boleh rujuk pada dia. Kami akan berada di sana selama 12 hari.”

Pelakon yang diberi gelaran “Pamela Anderson Malaysia” itu turut menambah bahawa dia akan cuba menukar imej seksinya itu secara perlahan-lahan apabila pulang daripada menunaikan ibadah itu kelak.

“Saya serahkan padaNya. Saya akan jadi diri saya. Kalau dibukakan hati untuk berhijab satu hari nanti. Insya Allah.”

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×