Pelakon dan usahawan, Lana Nodin menyelar tindakan Nur Fazura yang membuka aib bekas suaminya, Fattah Amin di khalayak ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Woi, Dah Lah Tu! Diamlah’ – Salina Saibi Minta Fazura Henti Buka Aib Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Minta Netizen Jangan Masuk Campur Isu Perceraian Fattah & Fazura – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Masalah Dalaman’
‘Esok budak tu dah besar, tengok buat malu je’
Menerusi komen yang ditinggalkan pada satu hantaran akaun Instagram rasmi sebuah program hiburan, Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hassan Nodin, 44, menasihati Fazura agar mengambil langkah berdiam diri dan tidak membuka aib berhubung perceraiannya.
Jika kau cukup matang lebih baik kau tutup mulut daripada membuka aib bapa kepada anak kau sendiri.
Lana juga berpendapat bahawa tindakan Fazura itu bukan sahaja memalukan bekas suaminya malah anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya turut terkesan dengan isu tersebut apabila dia meningkat dewasa kelak.
Esok budak tu dah besar, tengok buat malu je.
Kata nak berpisah cara baik tapi kenapa nak kena buat penjelasan dan buka aib. Nanti bila orang buka aib kau, baru kau tahu.
‘Jadi matang, diam dan move on’
Sementara itu, Lana turut menasihati pelakon filem J-Revolusi ini agar menjadi seorang wanita yang matang selain menyerahkan segalanya kepada Allah SWT dan bukannya dengan cara membuka aib pasangan.
Jadi matang, diam dan ‘move on’. Allah sahaja tahu kalau kau sedih tapi bila kau buat keputusan untuk buka cerita kepada seluruh dunia, mungkin kau bukanlah mangsa. Be smart la.
Sebelum ini, Fazura secara terbuka mendedahkan bekas suaminya itu curang selain tidak memberi nafkah kepadanya dan Fatima.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram Lana Nodin