berita

Lana Nodin Tampil Berhijab, Mahu Bimbing Diri & Keluarga Ke Arah Lebih Baik – ‘Saya Masih Dalam Fasa Percubaan’

April 18th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Penampilan terbaharu pelakon Lana Nodin menjadi perhatian pengikutnya apabila dilihat sudah mengenakan hijab.

Artikel Berkaitan: Lana Nodin Hilang Sabar, Dakwa Penguatkuasa Pilih Kasih ‘Clamp’ Kereta – ‘Kenapa Tak Saman Orang Yang Parking Sama Tempat Dengan Aku? 

Lana Nodin berhijab

Memetik laporan Astro Gempak, Lana atau nama sebenarnya Mazlina binti Hassan Nodin46, berkata meskipun dirinya kini berhijab tetapi dia masih meneruskan kariernya sebagai pelakon selain terbuka untuk menerima tawaran yang bersesuaian dengan imejnya itu.

Saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Jadi watak antagonis biarpun bertudung pun menarik juga. Saya masih terbuka untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.

Dalam pada itu, Lana akui dirinya masih dalam fasa percubaan untuk mengenakan hijab sepenuhnya. Namun berdoa agar sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya.

Bukan tidak mahu berkongsi, cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak bulan Ramadan lalu. Bukan tidak mahu menghebahkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.

Kalau orang nampak tu nampak lah. Apatah lagi suami pun turut menyokong segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh saya. 

Tambah Lana lagi, salah satu asbab penghijrahannya dan keluarga adalah atas nasihat rakan-rakan.

Hujung tahun ini, saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun, pejam celik lagi beberapa tahun dah nak masuk 50 tahun. Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan.

Saya hendak membimbing diri suami yang mulalaf namun tidak bertudung jadi seperti tidak selari. Jadi, ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih baik, bukan saja saya dan suami tetapi buat anak-anak.

Sementara itu, Lana meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×