berita

Lana Nodin Tinggalkan Dunia Lakonan Di Malaysia Untuk David Mckienzie

May 11th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

lana feature image

Aktres seksi Lana Nodin yang bakal berkahwin pada 15 Mei ini akui mungkin akan berehat daripada dunia lakonan demi memenuhi komitmen sebagai seorang isteri kepada Daud McKienzie.

Bagus betul kan Lana ni? Iya lah sampai sanggup tinggalkan karier lakonan yang seolah-olah menjadi darah daging Lana selama ni dan juga sumber pendapatan untuk menampung kehidupan Lana.

Akur Permintaan Suami

Screen Shot 2015-05-11 at 11.34.32 AM

Lana akui terpaksa memenuhi permintaan Daud yang meminta Lana untuk menemani ke mana-mana sahaja selepas ini memandangkan karier bakal suami nya sebagai atlet bola tampar Olimpik Amerika Syarikat (AS).

Pasti saya tak akan ada banyak masa di Malaysia selepas ini. Saya kena ikut Daud yang mahu saya menemaninya ke mana sahaja dia pergi sepanjang terlibat dengan perlawanan sukan bola tampar

Selamat Tinggal Dunia Lakonan

Screen Shot 2015-05-11 at 11.36.30 AM

Selain tu Lana juga mungkin akan melupakan karier seni selepas ini untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan keluarga.

Siapa kata saya tak ralat untuk tinggalkan dunia seni yang sudah jadi darah daging dan jiwa saya. Tetapi nak buat macam mana, saya kena ikut suami.

Lagipun rasanya sudah tiba masa untuk saya memperlahankan aktiviti dan memberi laluan kepada pelapis baharu untuk menyerlah.

Malah sebelum ini Lana pernah terpasang niat untuk meninggalkan dunia lakonan dan bersyukur akhirnya hasrat tertunai.

Saya pernah menyuarakan hasrat hati untuk berehat sebab sudah penat bekerja dan mahu meluangkan masa untuk diri sendiri.

Tak sangka Allah SWT dengar hasrat saya dan diberikan saya jalan begini. Lepas ini, saya tak fokus lagi kepada bidang lakonan. Insya-Allah akan fokus pula dengan dunia bisnes selepas berkahwin dengan Daud nanti.

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×