Pelakon, Lana Nordin dan keluarganya telah selamat sampai di Amerika Syarikat (AS) semalam. Lana juga dilihat sudah membawa kedua-dua orang anaknya iaitu Gia Quinn McKienzIE dan William Daud Mckienzie untuk bersiar-siar di sekitar kawasan penginapan mereka.
Artikel berkaitan: Lana Nordin Selamat Sampai AS, Gurauan Rita Rudaini Di IG Curi Perhatian Netizen – ‘Berapa Dos Ampa Oiii?’
Artikel berkaitan: Bengang Terima Banyak Cacian & Hinaan, Lana Nordin Belanja Video ‘Bye Bye Bye’ Bukti Dah Sampai AS – ‘Tiada Sebarang Kabel, Ini Semua Kabel Allah’
Terbaru, Lana dan suami telah membawa anak mereka ke sebuah taman tema air. Menurut Lana, dia mahu kedua-dua anaknya itu gembira selepas sekian lama tidak dapat merasai pengalaman tersebut.
Hari tu kena halau
Menerusi Instagram Story Lana, Gia dan Billy kelihatan sangat seronok untuk mandi manda di taman tema air tersebut. Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Lana pada masa itu ternyata mencuri perhatian netizen yang membacanya. Ujar Lana, dia pernah membawa Gia dan Billy untuk pergi mandi di sebuah sungai di Malaysia sebelum mereka bertolak ke Amerika. Namun, niat untuk bergembira pada masa itu terpaksa dihentikan kerana anak-anaknya telah ‘dihalau’ oleh seorang wanita yang menjaga kawasan sungai itu. Lana mendakwa wanita tersebut tidak pandai berbudi bahasa sedangkan dia dan suami tidak mandi ketika itu.
Sebelum ini, Lana menunjukkan perbezaan di antara cara hidup masyarakat di Malaysia dan Amerika Syarikat tatkala, dunia masih dilanda Covid-19. Jelas Lana, mereka tidak perlu ‘scan’ ketika dine-in di dalam restoran. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! pasangan tersebut juga dilihat tidak memakai pelitup muka ketika bersiar-siar di kawasan awam.
Sumber: Lana Nordin