berita

Lancar Portal MyGameOn & Perang Permainan 36 Jam Tanpa Henti, Ini Inisiatif Media Prima Labs Buat Gamer Tegar

November 15th, 2017 | by Epul
Kini Trending

Untuk pengetahuan korang yang dari pagi sampai malam tak berenggang dengan phone sebab main game tu, Media Prima Labs kini melancarkan portal MyGameOn dan Perang Permainan 36 Jam Tanpa Henti di SEA Game Jam 2017 tau. Semua ni untuk mengembangkan bakat dan pengetahuan korang dalam dunia game!

Dapatkan berita, review & acara terkini di MyGameOn

Dalam tu ada berita, review serta acara terkini fokus pada kandungan game tempatan dan luar negara. Semuanya dalam satu portal, senang kan?

Pusat hentian segera bagi ‘gamers

Selain dari game online stream dan kejohanan terkini, program memfokuskan pembangunan game tempatan, pembangun game bebas, pertemuan, e-sukan dan liga juga akan dipaparkan di MyGameOn. Kat situ pun ada jadual bagi kejohanan semasa, info lanjut dan temu ramah bersama pasukan profesional tau!

Portal ni juga akan menjadi platform untuk mendedahkan dan menggalakkan bakat tempatan terutamanya pembangun game yang berpotensi tau. Boleh tonjol kebolehan korang lepasni!

Apa yang membuatkan MyGameOn ni lagi awesome?

Untuk pengetahuan korang, MyGameOn dapat sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Garena. Diorang ajak developer muda dan bagi akses eksklusif kepada e-sukan seperti League of Legends (LOL), FIFA dan banyak lagi!

“Kami berbangga untuk melancarkan portal dalam talian baru ini yang akan menjadi platform baik untuk gamers berinteraksi. Kami berharap MyGameOn juga menjadi tempat untuk mendedahkan serta menggilap bakat pembangun game tempatan dalam bidang berkaitan,” kata Pengurus Besar Kanan Kumpulan Media Prima Labs & Operasi, Nicholas Sagau.

100 peserta sertai acara ‘hackathon’ dalam Perang Permainan 36 Jam Tanpa Henti

Sementara itu, Media Prima Labs pun tengah cari bakat dan idea menarik dalam pembangunan permainan mudah alih di SEA Game Jam 2017.

Oleh itu, satu acara yang berlangsung selama 2 hari kat Level UP Inc, Kuala Lumpur diadakan baru-baru ni dan katanya sampai 100 orang datang nak tunjuk bakat tentang kandungan permainan mudah alih. Semua nak menang kan?

Ia diadakan selepas permainan mudah alih Ejen Ali berjaya menawan hati ramai peminatnya tahun lepas dan tahun ni, Media Prima Labs memfokuskan kepada IP Media Prima baru iaitu Mak Cun di samping Ejen Ali.

Kalau korang nak tau, Media Prima Digital ada bekerjasama dengan Huawei dalam usaha nak sokong industri game dan aplikasi. SEA Game Jam ni baru permulaan tau, lepas ni akan muncul app store milik Huawei, Hi App yang akan dilancarkan tahun depan!

Siapa yang menang nanti boleh sumbang idea untuk Hi App. Bukan senang nak dapat peluang ni!

Korang agak-agak siapa yang menang?

Daan, tempat pertama jatuh kepada pasukan ke-16 yang dianggotai oleh Lai Ze Ren, Teo Jia Luen, Rizal Saputra, Kevin Yeoh Lai Chuan! Tahniah! Diorang dapat RM8,000 beb! Wah wah, enjoy sakan la diorang lepasni. Dapat pulak peluang nak lancarkan aplikasi kat Hi App tu, moga terus sukses ya OHBULAN ucapkan!

Banyak lagi aktiviti menarik diperkenalkan sempena pelancaran portal ni tau! Korang boleh dapatkan berita terkini dan maklumat lanjut mengenai industri gaming di www.mygameon.my. Hidup gamers!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×