MyGameOn bersama SAYS Tech dengan bangganya memperkenalkan ‘Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session’, sebuah acara komuniti gaming yang bakal berlangsung pada 27 September ini, jam 12 tengah hari hingga 5 petang di ATO Gaming Café, TTDI.

Artikel Berkaitan: REV Media Tampil Dengan Kempen ‘Real Ke AI?’

‘Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session’

Program ini sebahagian daripada inisiatif ‘Rileks Je, Takyah Toksik’, usaha bersama yang memfokuskan kepada isu buli siber serta kepentingan kesihatan mental dalam kalangan komuniti gaming tempatan.

Acara ini menghimpunkan gamer, pencipta kandungan, keluarga dan peminat, acara ini bertujuan membina suasana digital yang lebih sihat, mesra dan selamat untuk semua. Paling seronok masuk adalah percuma.

Pengunjung berpeluang menikmati sehari santai dengan pelbagai aktiviti gaming dan sesi sembang komuniti.

Antara yang menanti termasuklah pemberian goodie bag eksklusif daripada MyGameOn dan SAYS Tech dan sesi perkongsian santai bersama individu berpengaruh dalam industri e-sukan Malaysia.

Dalam pada itu, ada juga perlawanan Fun Match Mobile Legends: Bang Bang serta cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.

Selain itu, ATO Gaming Café akan dipenuhi dengan aktiviti seperti arked, konsol, permainan mudah alih, boardgames dan permainan tabletop.

Kemeriahan untuk semua

Pengarang MyGameOn, Hazril Md Nor, berkata, acara ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Kami percaya gaming patut jadi ruang yang selamat dan inklusif. Melalui ‘Rileks Je, Takyah Toksik’ kami mahu tunjuk bahawa keseronokan, persaingan sihat, dan komuniti boleh berkembang tanpa toksik.

Tak kisah anda gamer, pencipta kandungan, cosplayer, atau sekadar nak lepak, sesi santai ini pasti akan penuh dengan kemeriahan untuk semua.

RSVP sekarang untuk tempah tempat anda dan sertai gerakan membina komuniti gaming yang lebih positif. Info lanjut di mygameon.my/takyahtoksik.