
MyGameOn dan SAYS Tech dengan bangganya mengumumkan pelancaran “Rileks Je, Takyah Toksik”, satu kolaborasi yang memberi fokus mengekang pembulian siber sekaligus mempromosikan kesihatan mental dalam komuniti permainan video Malaysia.
Artikel Berkaitan: Sertai My Game On! #KitaSamaLevel Eratkan Komuniti Gamers Dalam Dunia e-Sukan
Artikel Berkaitan: REV Media Group Terus Kukuh Dalam Industri Digital, Rangkul 6 Anugerah Di MDA Awards 2023
Lebih selamat

Secara holistik, kempen “Rileks Je, Takyah Toksik” mengajak semua pemain, pencipta kandungan, dan peminat untuk bersama-sama membina dunia digital yang lebih selamat.
Initiatif ini memberikan satu medium kepada individu untuk berkongsikan pengalaman mereka menghadapi perkara toksik dalam talian tanpa perlu mengesahkan identiti mereka jauh dari pandangan serong orang ramai.
Bukan hanya bercerita, kempen ini bakal memaparkan pelbagai kisah eksklusif seperti artikel, video dan temuduga dari pakar. Kesemua topik-topik ini akan membantu anda mengenalpasti impak pembulian siber dan menjaga kepentingan kesihatan mental.
Kempen ini juga bakal memperkasakan komuniti dengan bantuan, persediaan, dan pengetahuan untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
Suara di ketengahkan

Menurut penyunting MyGameOn, Hazril Nor, dalam industri permainan video, buli siber sering dikaitkan dengan pemain profesional, streamer, dan juga golongan wanita.
Menerusi kempen ini, suara mereka dapat di ketengahkan dan kisah mereka boleh dijadikan teladan untuk membina komuniti gaming yang lebih inklusif dan positif.
Sementara itu, Ketua Tech SAYS, Sukhbir Cheema berkata, ramai yang mengetahui bahawa permainan video dapat mengurangkan stres maka ianya selari dengan kempen tersebut.
Melalui kempen ini, kita perlu kembali kepada isu asal bermain permainan video iaitu berseronok dan menjalin hubungan baru dengan orang lain
Sebahagian daripada kempen ini, satu acara khas akan dianjurkan untuk menjamin tempat yang selamat bagi pemain menyambut dan menjalinkan hubungan menjadi komuniti yang lebih kuat.
Untuk info, pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat nanti. Ikuti MyGameOn dan SAYS Tech untuk maklumat terkini!
“Rileks Je, Takyah Toxic” ingin memanggil semua pemain untuk berhenti dan berfikir sejenak dalam memahami punca wujudnya toksik dalam permainan video.
Semua orang layak untuk bermain secara aman. Kongsikan kisah anda atau baca cerita orang lain di mygameon.my/takyahtoksik.





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

