Peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia yang juga merupakan anak syarikat kepada Media Prima Berhad iaitu Big Tree kini memperkenalkan fungsi audio baharu yang akan dipaparkan selama satu minit pada 7 malam setiap hari bagi mempertingkatkan lagi status eksklusif skrin digital CuBig@ KLCC Junction.
Tarik minat pengguna jalan raya
Difahamkan, pelancaran ini berfungsi untuk membuka peluang besar kepada pengiklan untuk serlahkan lagi kreativiti tersendiri dalam menggunakan fungsi 3D anamorfik dan audio.
Bukan itu sahaja, pelancaran ini juga adalah untuk menarik minat minat pejalan kaki, pemandu dan penunggang motor di persimpangan Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng dan Jalan P Ramlee yang berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong, iklan interaktif yang dipaparkan ini juga bertujuan untuk mengukuhkan lagi perkembangan pengiklanan luar rumah.
Penguasaan waktu puncak di persimpangan yang sibuk ini merupakan jawapan kepada permintaan yang tinggi untuk pertingkatkan lagi kreativiti di pengiklanan luar rumah (OOH).
Dengan adanya peluang eksklusif ini, pengiklan dapat mendemonstrasikan keunikan tersendiri dan meningkatkan persepsi komuniti terhadap jenama. Iklan interaktif 60 saat yang berlengkapkan fungsi anamorfik 3D dan audio ini turut mengukuhkan perkembangan pengiklanan luar rumah agar setanding dengan transformasi digital yang terkini.
Paparan naga berbentuk 3D
Pelancaran kempen ini akan didatangkan dengan kehadiran naga besar berbentuk 3D yang menghancurkan menara jam dan menghembuskan api ke arah bandar raya Kuala Lumpur berikutan bunyi detikan jam dan seruan naga yang menggerunkan untuk menghasilkan situasi seakan realiti.
Dinamakan sebagai “A Cinematic Feat: Launch of CuBig @ KLCC Junction Premium Audio Timebelt”, pelancaran yang dibuat oleh Big Tree ini menggambarkan sejauh mana pengiklanan luar rumah (OOH) dapat merealisasikan pengiklanan eksklusif.
Sejak pelancarannya pada tahun 2021, skrin gergasi ini menerima permintaan yang luar biasa daripada para pengiklan pelbagai industri oleh kerana fungsi anamorfiknya yang memukau dan menarik perhatian khalayak ramai.
Untuk info, Big Tree merupakan peneraju industri pengiklanan luar rumah (OOH) di Malaysia, bersama Kurnia, UPD, TRC, Gotcha dan BTSJ yang menawarkan penyelesaian pengiklanan OOH yang merangkumi berbilang konsesi di bandar, lebuh raya, rangkaian transit dan pusat membeli-belah, sama ada dalam format media statik ataupun digital.
Bukan itu sahaja, Big Tree juga menggabungkan kreativiti dan inovasi dalam reka bentuk media bertujuan untuk mengindahkan lagi landskap bandar dan juga bagi menarik perhatian khalayak sasaran pengiklan.