berita

Langgar Etika Dan Integriti Penjawat Awam, JKNJ Siasat Isu Viral Suami Curang

December 23rd, 2021 | by Iman
Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kekecohan rumah tangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di negeri Johor. Walau bagaimanapun, kes berkenaan kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan.

Melanggar etika dan integriti penjawat awam

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, JKNJ mengambil maklum mengenai kes yang tular itu dan menganggap ianya sebagai perkara yang serius kerana telah melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tambahnya lagi, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lebih lanjut termasuklah memandang berat mengenai pihak pengadu yang menyebarkan isu berkenaan di media sosial.

Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. JKNK juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial

Ujarnya lagi, kakitangan penjawat awam diingatkan supaya menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu mahupun aduan.

JKNJ mengingatkan semua kakitangan untuk menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu atau aduan

Isu yang tular di media sosial itu membabitkan seorang pegawai kesihatan di sebuah klinik kesihatan di daerah negeri tersebut dan dipercayai isterinya juga seorang pegawai kesihatan mendedahkan kelakuan curang suaminya secara terbuka.

Menerusi video yang tular di media sosial itu, isteri kepada pegawai kesihatan terbabit berjaya membongkarkan hubungan sulit suaminya dengan wanita lain, sebelum dia mendakwa diceraikan di hadapan wanita tersebut.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×