berita

Langgar Pintu Bank, Lelaki Mohon Maaf Tinggalkan Anak Dalam Kereta

October 21st, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita kongsi kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah kereta merempuh pintu sebuah bank di Sepitang, Sabah. Kejadian tersebut berlaku apabila dua orang kanak-kanak ditinggalkan ibunya di dalam kereta didakwa menekan pedal minyak tanpa sengaja. Walau bagaimanapun, bapa kepada kedua orang kanak-kanak tersebut tampil memohon maaf atas kesilapan mereka.

Anak main kereta

Allahuu..awal pagi ini punya cerita, beberapa minit aku limpas sana. Si mama kan ambil duit, anak di dalam kereta. Si adik menekan minyak si kakak termasuk gear, rasanya tiada siapa siapa yang cedera. Nasiblah langgar pintu pejabat maybank, padahal ramainya orang berbaris di luar itu tadi aku tengok. Hati-hati guys yang bawak anak kemana-mana itu.

Walaupun tiada kemalangan jiwa berlaku, namun kejadian itu membuatkan ramai panik di tempat kejadian. Menurut saksi di tempat kejadian, pemilik kenderaan ini membawa dua anaknya dan ditinggalkan di dalam kereta untuk mengambil wang. Namun selepas itu, anaknya itu menekan minyak menyebabkan kemalangan berlaku.

Kejadian sebenar

Walau bagaimanapun, bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil beri penjelasan dan memohon maaf kepada orang ramai. Kejadian itu merupakan pengajaran buatnya dan isteri. Dia turut meminta agar orang ramai tidak memberi komen keterlaluan sehingga boleh menjatuhkan maruah mereka.

Jangan hidupkan enjin

Di ruangan komen, rata-ratanya mengucap syukur kerana tiada orang cedera walaupun pada ketika itu sudah ramai yang beratur untuk masuk ke dalam bank. Kejadian itu dipercayai berlaku awal pagi di Sepitang, Sabah. Orang ramai turut memberi nasihat untuk mematikan enjin sebelum keluar bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku. Tak kurang juga yang mendoakan mereka sekeluarga dan berharap agar kejadian ini boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

Sumber : Nana Faiz

 

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×