berita

Langgar Syarat Pengawasan Orang Polis – Bekas Isteri Adi Putra Didakwa

July 14th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Setiap pasangan ingin kebahagiaan dalam sesebuah perkahwinan. Namun, perkahwinan juga mempunyai banyak konflik dan masalah dan setiap pasangan bijak untuk selesaikan. Jika tidak pandai selesaikan ia akan kearah penceraian.

Baru-baru ini timbul keretakan rumahtangga pelakon terkenal Adi Putra dengan kedua-dua isterinya. Masalah ini telah didesas-desuskan dengan keputusan Adi fail cerai terhadap kedua-dua isterinya iaitu Aida Yusof dan Norshahida Dzolkifly.

Didakwa melanggar syarat pengawasan

Bekas isteri kedua Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly merupakan bekas kakitangan Jabatan Imigresen telah telah dihadapkan ke mahkamah dengan tuduhan melanggar syarat orang pengawasan polis. Namun, dalam perbicaraan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Fitriza Abd. Latif telah mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan.

Kesalahan yang dilakukan oleh bekas isteri kedua Adi kerana meninggalkan kawasan pecan Nilai tanpa kebenaran. Dan kesalahan yang dilakukan pada 6 Julai 2017, pukul 3 petang di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Maka kesalahan yang dilakukan itu menyebabkan Norshahida akan didakwa mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika dia sabit kesalahan. Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng manakala dia diwakili peguam M.Haresh dan Ramzani Idris.

Sumber: Kosmo

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×