berita

Langkah Semak Permohonan Telefon Pintar Percuma Secara Atas Talian

July 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Pada 7 April 2020 yang lalu, Yayasan YTL telah membuat pengumuman akan memberikan telefon pintar secara percuma dengan pelan data sebanyak 120GB kepada golongan pelajar B40. Kemudahan telefon pintar percuma yang diberikan Yayasan YTL Foundation dan juga YTL Communications ini adalah di bawah Inisiatif Belajar dari Rumah atau Learn from Home Initiative.

Di sini kami kongsikan langkah lengkap bagaimana untuk membuat semakan permohonan telefon pintar percuma dari YTL.

Semakan secara atas talian

Untuk pengetahuan korang, ibu bapa kini boleh membuat semakan telefon pintar percuma ini secara atas talian menerusi laman web rasmi YTL. Senang je! Jom ikuti langkah ini.

1. Layari laman sesawang https://lcs.yes.my

2. Kemudian di bahagian pilih inisiatif, korang perlu membuat pilihan sama ada ‘Sim Percuma Dengan Data’, ‘Telefon Percuma Dengan Sim’, ‘Sim Percuma’, atau ‘Sim Percuma Universiti’.

3. Selepas membuat pilihan inisiatif, masukkan nombor kad pengenalan atau nombor MyKid murid yang dicalonkan.

4. Kemudian, masukkan pula nombor kad pengenalan ibu bapa yang telah didaftarkan sebelum ini.

5. Akhir sekali, klik pada butang ‘Hantar’ untuk mengetahui status permohonan anda sama ada gagal atau lulus.

Semakan menerusi emel

Selain membuat semakan menerusi atas talian, ibu bapa juga akan menerima emel yang mengatakan status permohonan gagal atau lulus. Mereka turut dikirimkan emel berkaitan proses pendaftaran.

1. Ibu bapa perlu mengikuti proses pendaftaran yang telah ditetapkan selain menyertakan beberapa maklumat penting seperti salinan kad pengenalan atau MyKid pelajar, salinan kad pengenalan ibu bapa dan surat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarkan oleh kerajaan atau apa sahaja dokumen sah yang membuktikan anda adalah golongan B40.

2. Borang pendaftaran perlu diisi dalam tempoh 7 hari selepas menerima emel berkenaan.

Sumber: YTL Foundation

SKIP THIS AD ×