berita

‘Langsung Tak Bincang Lompat Ka, Buat Parti Ka’ – Rafizi Ramli

December 19th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Selepas meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pengerusi PKR Pulau Pinang pada Isnin lalu, beberapa menteri cuba memujuk Nurul Izzah Anwar untuk menarik balik keputusannya.

Artikel berkaitan: ‘Setiap Perjalanan Pasti Berakhir’ – Nukilan Nurul Izzah Letak Jawatan Naib Presiden PKR

Baru-baru ini, gambar bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Khairi Jamaluddin dan Nurul Izzah berjumpa untuk makan tengah hari telah menjadi perhatian ramai.

Mereka kelihatan ceria sambil berbual

Memetik laporan dari Berita Harian, Rafizi menjelaskan melalui Twitter miliknya, pertemuan beliau bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Parlimen Rembau di sebuah restoran di Bangsar sekadar perbualan biasa.

Mereka dilihat minum bersama di Restoran Alexis Bistro, Bangsar. Rafizi menyatakan mereka tidak berbincang mengenai politik atau bercadang menubuhkan parti baru atau menyertai parti lain.

Menurut seorang pembaca Berita Harian, Nurul Izzah dilihat tiba di restoran tersebut terlebih dahulu, diikuti Rafizi dan Khairy.

Ketika saya tinggalkan restoran itu pada jam 1.30 tengahari mereka masih di sana. Mereka kelihatan ceria sambil berbual.

KJ ajar cara guna filter Insta, Izzah bagi tips sekolah anak

Tiga menteri muda ini merupakan antara ahli politik yang terkenal serta mendapat perhatian ramai terutamanya golongan muda. Mereka yang saling menghormati satu sama lain juga sering berkongsi pendapat tentang pelbagai isu rakyat dan negara.

Nurul Izzah turut melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET).

Khairy & Rafizi puji Nurul Izzah

Khairy tampil dengan kata-kata semangat buat Nurul Izzah selepas perletakan jawatan beliau seolah-olah ingin ‘memujuk’ puteri reformasi itu untuk kembali ke dunia politik.

Jelas Khairy lagi, beliau memuji Nurul Izzah sebagai seorang Ahli Parlimen contoh sepanjang berada dalam dunia politik melalui akaun Twitternya.

Lapor Rafizi pula, selain menganggap Nurul Izzah reformis dan pejuang, beliau juga berkata Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya terus memainkan peranan penting di Parlimen serta politik negara.

Sumber: Berita HarianRafizi Ramli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×