Pada akhir Disember tahun lalu, ASICS Malaysia telah mengumumkan pelancaran model terbaru NOVABLAST™ iaitu NOVABLAST™ 5.
Menawarkan pengalaman larian yang lebih selesa dengan lantunan yang lebih dinamik , NOVABLAST™ 5 merupakan salah satu kasut larian yang wajib dimiliki oleh semua pelari.
Kalau korang nak tahu, ASICS telah menambah baik midsole foam, bahagian atas (upper) dan lidah kasut termasuk reka bentuk keseluruhan NOVABLAST™ 5 untuk memberikan kelajuan tanpa mengorbankan keselesaan pengguna.
ASICS NOVABLAST™ 5 guna Teknologi FF BLAST™ MAX!
Dilengkapi dengan teknologi kusyen FF BLAST™ MAX, NOVABLAST™ 5 memberikan lonjakan sebanyak 8.5% lebih baik berbanding model NOVABLAST™ sebelumnya.
Dengan ini, NOVABLAST™ 5 menjadi satu-satunya kasut dalam rangkaian produk ASICS yang menggunakan teknologi FF BLAST™ MAX sepenuhnya pada midsole kasut ini.
Selain itu, bahagian atas kasut NOVABLAST™ 5 menggunakan mesh Jacquard yang direka khusus untuk meningkatkan peredaran udara dan memberikan lebih keselesaan berbanding edisi-edisi sebelumnya yang menggunakan tenunan.
Disamping itu, lidah kasut NOVABLAST™ 5 direka bentuk sayap gusseted yang dipinjam daripada barisan kasut SUPERBLAST™, yang menjadi kunci kepada larian yang lebih stabil selain kukuh dan membolehkan korang tampil yakin semasa menjalani latihan.
Kekalkan bentuk ikonik midsole geometri
Walau bagaimanapun, korang tak perlu risau sebab NOVABLAST™ 5 masih mengekalkan rekaan ikonik midsole geometri iaitu salah satu ciri original kasut NOVABLAST™.
Reka bentuk garisan pada midsole bertujuan untuk mencipta ilusi lengkungan berdimensi ketika pelari atau pejalan kaki bergerak melalui langkah mereka.
“Reka bentuk dan struktur kasut NOVABLAST™ 5 dibangunkan agar pengguna dapat merasai potensi teknologi FF BLAST™ MAX sepenuhnya,”
“Secara visual, kami ingin reka bentuk ini mencerminkan pengalaman dinamik dan rasa di bawah tapak kaki semasa pengguna berlari dengan model terbaru dalam barisan NOVABLAST™,” kata Yosuke Atarashi, Pereka Kanan Kasut di ASICS yang juga merupakan pereka utama kasut NOVABLAST™ 5.
Binaan pada midsole dan outsole kasut NOVABLAST™ 5 turut ditambahbaik bagi menyokong perjalanan larian yang lebih bertenaga. Korang juga boleh melompat dan ianya lebih selesa berbanding model sebelumnya.
Maka, tak hairanlah NOVABLAST™ 5 menjadi pilihan ideal bagi pelari yang mencari kelajuan, keselesaan dan lonjakan dalam setiap langkah.
Dapatkan NOVABLAST™ 5 pada harga RM599 di SINI.
Maklumat lanjut berkaitan kasut NOVABLAST™ 5 boleh didapati melalui asics.com