Malang tidak berbau! Itulah perumpamaan yang boleh digunakan buat sebuah keluarga ini selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam sebuah kemalangan.
Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Minta Saksi Bantu Kongsi Maklumat, Sepupu Maut Kemalangan Langgar Lari
Lapan bulan tunggu, hanya sempat pandu dua jam
Menerusi perkongsian dimuat naik pengguna bernama Ea Sya di laman Facebook Perodua Alza D27A Malaysia, difahamkan kereta Perodua Alza itu merupakan kenderaan baharu mereka sekeluarga setelah hampir lapan bulan menunggu.
Malang tak berbau, kegembiraan kami membawa duka dan tragis untuk keluarga kami. Kereta baru ambil dari Kuala Lumpur menghala balik ke Johor Bharu, 2 jam pandu sudah kena langgar dari belakang.
Hanya Allah sahaja tahu rasa terkilan kami. Tunggu Alza 8 Bulan pakai 2 jam sudah kena langgar. Doakan kami sekeluarga kuat.
Dapat dilihat, keadaan hadapan dan belakang kenderaan tersebut mengalami kerosakan yang teruk selain cermin hadapannya pecah.
Perkongsian dibuat Ea Sya di laman Facebook berkenaan turut mendapat respon netizen.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan kemalangan yang menimpa mereka sekeluarga dan mendoakan agar segara urusan dipermudah.
Sumber: Facebook