Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman meluahkan rasa syukur apabila dapat berhubung dan mengetahui bahawa isteri dan tujuh anak mereka masih hidup dan selamat di Gaza selepas hampir lapan hari tidak dapat dihubungi.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Lupakan Saudara Palestin Yang Telah 73 Tahun Tunggu’ – Kenyataan Nadir Al-Nuri Undang Kecaman Netizen, ‘Spoil’ Mood Rakyat Malaysia Nak Balik Kampung
Alhamdulillah
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebook, Nadir memaklumkan mendapat perkhabaran tersebut dari isterinya, Reem Al-Minawi yang menghantar gambar keadaan terkini mereka di sana.
Aktivis yang berusia 36 tahun tersebut turut memuat naik gambar yang dikirimkan isterinya menerusi hantaran yang sama.
Alhamdulillah hari ini saya diberi dua hadiah yang besar. Yang pertama ialah ahli keluarga baru untuk kami, adinda Saufi yang diberi amanah menjaga adik perempuan bongsu kami Hannan.
Yang kedua ialah gambar ini yang saya dapat lewat jam 1 pagi semalam, khabar bahawa anak-anak dan isteri saya masih hidup setelah 8 hari cuba berhubung dengan mereka dan gagal mendapat berita.
Di akhir hantarannya, meskipun mengetahui mengenai keadaan ‘gelap’ yang sedang menimpa rakyat di Gaza, Nadir sekali lagi menitipkan ucapan syukur atas perkhabaran yang sungguh menggembirakannya itu.
Keluarga saya berada di selatan Gaza yang agak tenang dan perjalanan ‘maut’ yang mereka lalui untuk sampai ke sana cukup untuk dibuat filem lengkap. Gaza semakin genting, keadaan jauh lebih teruk dari awalnya.
Tetapi untuk hari ini, Alhamdulillah, alhamdulillah, Alhamdulillah.
Terdahulu, Nadir pernah berkongsi mengenai ketabahan isterinya yang sanggup merelakan dirinya untuk terus kekal di Malaysia meskipun perlu berjuang bersama lapan anak mereka di Gaza tanpa di sisi suami.
Sekadar info, Nadir yang merupakan graduan lepasan Universiti Islam Gaza telah pun bernikah dengan Reem yang merupakan seorang balu pejuang Palestin yang mempunyai lima anak pada Mei 2016
Sumber: Facebook