Menerusi Facebook, Syed Azmi yang terkenal sebagai seorang aktivis kemasyarakatan berkongsi cara bagaimana seorang remaja berusia 15 tahun ke atas dan di bawah umur 18 tahun untuk melakukan sesuatu tindakan drastik sekiranya mereka dirogol dan dicabul.
Guna talian kasih
Menurut Syed Azmi, sejak akhir-akhir ini, dia menerima pelbagai laporan daripada mangsa yang bingung untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang telah merogol dan mencabul mereka. Ini kerana, kebanyakan pelaku merupakan ahli keluarga sendiri tidak kira ayah, abang, adik mahupun teman lelaki si ibu. Bagi menjawab segala persoalan tersebut, kesemua mangsa perlu melakukan laporan bertulis terlebih dahulu kerana laporan itu sangat penting dan mampu dijadikan bahan bukti sekiranya kes mangsa semakin serius.
Saya pernah ada kes seorang remaja berusia 14 tahun buat laporan polis selepas dicabul ayah sendiri. Semasa membuat laporan, mangsa memberitahu dia kena cabul tak sampai 10 kali. Sebaik sahaja ayahnya tiba di balai polis, kes tersebut berakhir dengan permohonan maaf yang dilakukan oleh ayah terhadap anak serta teguran daripada pihak polis. Namun, sepanjang tempoh umurnya 14 hingga 16 tahun, lebih 100 kali dia kena rogol. Dalam kes ni laporan polis sebelum ni sangat penting. Mangsa boleh memberitahu bahawa ayahnya semakin berani melakukan perbuatan tersebut. Pihak polis juga boleh mengambil tindakan serta merta kerana mangsa mempunyai laporan sebelum ini termasuk laporan yang baru.
Ujar Syed Azmi lagi, kebanyakan anak-anak iaitu mangsa berasa takut untuk menceritakan masalah yang dihadapi kepada ibu. Oleh itu, kesemua mangsa boleh menggunakan talian kasih sebagai langkah untuk membuat laporan. Ini kerana, bukan semua mangsa berani untuk keluar dari rumah dan membuat laporan polis. Tambahan, ketika musim pandemik ini. Jadi, mereka boleh Whatsapp talian kasih untuk bercerita mengenai apa yang berlaku. Menariknya talian ini, mangsa boleh menulis berapa banyak yang mereka suka asalkan jangan lupa bagitahu nama, umur, nombor kad pengenalan dan alamat. Mangsa juga dinasihatkan agar tidak perlu takut sewaktu membuat laporan.
Laporan sebagai teguran
Laporan polis tu penting , saya tak boleh nak buat apa selagi tak ada laporan. Saya tak pasti sama ada mereka faham apa itu rogol dan cabul? Asal benar dirogol dan dicabul, buat sahaja laporan. Untuk individu yang menjadi pihak ketiga dan ingin menolong mangsa, korang kena tahu semua maklumat mengenai mangsa dahulu. Lebih penting, dapatkan juga kebenaran mangsa. Mengenai viral, itu merupakan langkah terakhir. Bila ianya akan terbongkar dan terkeluar, baru saya akan kongsi. Saya tak kisah dari segi share balik.
Syed Azmi turut menyatakan bahawa dia tidak sokong apabila golongan emak-emak yang menyokong golongan dewasa. Jelasnya lagi, dia mengetahui bahawa golongan ini akan berasa takut untuk kehilangan nafkah dan malu dengan ahli keluarga yang lain. Kebanyakan kes kanak-kanak yang bawah 15 tahun ini, mereka akan berkata bahawa mereka tidak sanggup melihat ayah mereka masuk penjara dan bercerai dengan ibu. Oleh itu, mereka sekadar mahukan perjanjian di mana ayah tersebut tidak akan mengulangi semula perbuatan terkutuk itu. Di akhir perkongsian, Syed Azmi memberitahu bahawa mangsa boleh membuat pilihan sama ada mahu tinggal bersama ahli keluarga yang lain atau perg ke tempat perlindungan yang ditubuhkan oleh kerajaan.
Sumber: Syed Azmi