Baru-baru ini, seorang wanita yang dipercayai pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita terkenal mendakwa dirinya dipukul oleh pelakon tersebut sehingga mendatangkan kecederaan.
Artikel Berkaitan: Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Dakwa Dicederakan, Diugut Lepas Dituduh Campur Hal Rumah Tangga Majikan
Laporan polis tular
Memetik laporan Harian Metro, tular satu laporan polis yang dibuat individu tersebut terhadap kejadian yang berlaku di sebuah pejabat menjual barang kecantikan pada 6 Ogos lalu.
Menerusi laporan tersebut, pelakon yang dimaksudkan ialah Uqasha Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen.
Uqasha didakwa membaling kotak ke bahagian muka sebelum merentap tudung dan meludah mangsa.
Dalam laporan yang sama, sepupu kepada Uqasha iaitu Aprena Menrose juga didakwa terlibat memukul individu tersebut dengan menepuk mulut mangsa berkali-kali serta memukul lengan dengan menggunakan penyangkut baju.
Bukan itu sahaja, wanita berkenaan juga mendakwa dirinya diugut serta diacu dengan menggunakan gunting oleh Aprena sebelum senjata tajam itu dirampas oleh adik pelakon berkenaan.
Wanita itu kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian pada 14 Ogos lalu.