berita

Laporan Polis Sudah Saya Buat, Emel Kes Kepada SKMM Juga Sudah Dibalas – Harith Iskandar

June 25th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

harithIskandar

Susulan dengan kejadian gambarnya yang sedang mendukung anak, terkandung dalam sebuah laman web lucah tempatan, Pelawak Harith Iskandar membuat laporan polis jam 10 pagi tadi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Menerusi Harian Metro, Harith Iskandar berharap agar tindakan tegas dapat dilakukan dengan segera oleh pihak berkuasa bagi menyekat laman web itu selepas kekecohan mengenai itu tersebar sejak malam tadi.

Pictures Of My Son And Me Appear In A Local Pornographic Site

HaritsIskandar2

Menurutnya, bukan gambar mereka berdua sahaja yang termasuk dalam laman web tersebut, gambar anak Erra Fazira dan Tomok juga turut menjadi mangsa.

Tambahnya, gambar tersebut dikesan melalui notifikasi Google Alert menerusi emelnya:

Google Alert brought to my attention the fact that pictures of my son (and of me cradling my son) as well as numerous pictures of other children appear in a local pornographic site alongside graphic porn images. I say “local”, cause the text is in Bahasa Malaysia. It’s both disgusting and incredibly disturbing and needless to say I am in the process of contacting MCMC to find out what action can be taken. I am NOT naming the site here. If anyone has any experience in cases of this nature please let me know what’s the best way to handle this

Google Alert telah menarik perhatian saya dimana gambar anak saya ( dan juga saya sedang mendokong anak saya) serta gambar kanak-kanak lain mucul dalam sebuah laman web lucah tempatan bersama imej-imej grafik lucah. Saya kata “tempatan”, kerana teks dalam web tersebut menggunakan Bahasa Malaysia. Ia sangat menjijikkan dan membimbangkan dan saya dalam proses menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengetahui apakah tindakan yang boleh diambil. Saya TIDAK akan sebut nama laman web itu disini. Jika sesiapa mempunyai apa-apa pengalaman dalam kes-kes seperti ini sila beritahu saya apakah cara yang terbaik untuk menanganinya.

Tambahnya, hasil pemantauan dan siasatan perbuatan ini adalah perbuatan jahat pihak tertentu dari luar negara yang membangunkan laman web lucah itu.

Dengan apa yang telah berlaku pada Harith Iskandar, ia telah membuka mata kami sendiri untuk lebih berhati-hati jika ingin berkongsi gambar di media sosial. Kami berharap agar Harith Iskandar dapat tangani masalah ini dengan segera.

Sumber : Facebook Harith Iskander / Harian Metro.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×