Gandingan Chacha Maembong (Syuhadah) dan Fikry Ibrahim (Khairil) di Slot Samarinda ‘Lara Kasih’ bakal membawa penonton menyelami dunia percintaan yang tidak direstui, tekanan ibu yang mengongkong, kesempitan hidup, serta kerakusan manusia yang tiada batasnya.
Artikel Berkaitan: Chacha Maembong Masih Berhubung Baik Dengan Bekas Abang Ipar, Hormati Keputusan Emma Bercerai
Artikel Berkaitan: ‘Saya Terkejut Apabila Ada Yang Percaya Saya Bertemu Chris Martin’ – Fikry Ibrahim
Sebuah naskhah penuh pergolakan emosi
Lara Kasih merupakan sebuah naskhah yang penuh dengan pergolakan emosi dan konflik keluarga.
Kisah bermula apabila Puan Hasnah (Laila Nasir) iaitu ibu kepada Syuhadah menentang hubungan dengan Khairul kerana dia seorang penoreh getah. Oleh kerana terlalu percayakan tilik nasib, Puas Hasnah termakan dengan hasutan Che Yah iaitu seorang tukang tilik nasib yang memberitahu kehidupan anaknya Syuhadah akan lebih terjamin jika disatukan dengan Borhan.
Drama bersiri 15 episod ini merupakan arahan Shuhami Lua terbitan Tanah Beris Film Production yang dibintangi oleh barisan pelakon hebat antaranya adalah Fikry Ibrahim, Chacha Maembong, Jay Iswazir, Laila Nasir, Norreen Iman, Iman Suhana, Raja Azmi dan ramai lagi.
Lara Kasih bukan hanya sekadar kisah cinta namun menyentuh kehidupan keluarga Syuhadah yang diatur oleh ibunya, Puan Hasnah terutama soal jodoh. Ketegangan tercetus apabila Syuhadah tekad untuk memilih pilihan hatinya, Khairil untuk mendirikan rumah tangga.
Namun, muncul Azura iaitu seorang wanita yang cuba meraih perhatian Khairil bagi menambahkan lagi tekanan dalam hubungan mereka. Walaupun begitu, ibunya, Puan Fatimah yang berasa simpati, bertindak sebaliknya apabila sanggup menghulurkan tangan untuk menghalalkan hubungan Syuhadah dan Khairil dengan menawarkan sejumlah wang kepada Syafikah, kakak kepada Syuhadah.
Syuhadah dan Khairil mungkin akhirnya bersatu namun adakah hubungan mereka direstui Puan Hasnah yang semakin rancak dengan rancangan dan kerenah.
Jangan ketinggalkan untuk menyaksian ‘Lara Kasih’ menerusi slot Samarinda yang sudah ditayang sejak 25 November lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam hanya di TV3.
Anda juga boleh menonton secara strim 24 jam lebih awal melalui Tonton atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App store.
Sebarang info terkini berkaitan drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram dan Drama Sangat.