berita

Balik Rumah Nak Minta Maaf Sebab Lari & Kahwin Tanpa Izin Tapi Ditembak Pula Oleh Bapa

June 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Daily Star

Gara-gara berkahwin tanpa izin, seorang wanita disyaki ditembak oleh bapa kandungnya sendiri. Wanita tersebut dipercayai ‘diserang’ ketika dia berjumpa dengan bapanya untuk memohon maaf kerana berkahwin tanpa kebenarannya.

Kahwin tanpa restu ayah

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, mangsa yang dikenali dengan nama Kadriye Tengiz berusia 20 tahun itu telah berkahwin dengan seorang lelaki yang juga merupakan rakan perniagaannya, Oytun Safa Tengiz. Difahamkan, bapa Kadriye iaitu Alphan tidak mengizinkan anak perempuannya untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki itu.

Meskipun begitu, pasangan yang berasal dari Turki ini akhirnya nekad melarikan diri untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Selepas mendirikan rumah tangga, mereka memulakan kehidupan baru dengan membuat perniagaan pertanian organik. Tetapi lama-kelamaan, Kadriye mula merindui kedua orang tuanya. Oleh itu, dia dan suami membuat keputusan pulang berjumpa ibu bapanya untuk meminta maaf atas kesalahannya yang berkahwin tanpa izin.

Bawa anak ke kebun, tembak

Foto: Daily Star

Ketika kejadian, Alphan telah menjemput anak dan menantunya ke rumah dan mengajak anak perempuannya ke kebun. Di sana, Alphan mendesak Kadriye menuntut cerai daripada Oytun.

Tetapi malangnya, Kadriye enggan berbuat demikian. Berang permintaannya itu ditolak, Alphan dipercayai mengambil senapang dan menembak di kepala dan dada anak perempuannya sebelum bertindak masuk ke dalam rumah untuk membunuh bekas rakan perniagaannya, Oytun.

Tetapi Oytun sempat menyelamatkan diri dan menghubungi pihak polis untuk melaporkan tentang kejadian. Alphan akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis. Menurut sumber, Kadriye yang berada dalam keadaan kritikal masih menerima rawatan di hospital.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×