Foto: Harian Metro
Pencarian dua anak gadis warga Pakistan iaitu Seher Ismail, 16 dan Meher, 15, yang hilang di Johor Bahru kini selesai apabila mereka berdua sudah pun pulang ke pangkuan keluarga mereka.
Artikel Berkaitan: Tular Gadis 17 Tahun Lari Rumah, Bapa Syukur Anak Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Keluarga
Merajuk kerana ditegur keluarga
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, ibu mereka, Aakash Sultan Parvez, 43 mendedahkan kedua anaknya itu ditemui di Melaka pada Rabu sebelum dibawa pulang ke Johor pada Khamis.
Alhamdulillah, kedua-dua anak gadis saya ditemukan dalam keadaan selamat dan sihat.
Aakash turut memaklumkan bahawa punca sebenar anak mereka menghilangkan diri adalah kerana mereka merajuk selepas ditegur menggunakan vape.
Difahamkan, mereka mempunyai keinginan untuk pulang ke rumah namun bimbang dengan penerimaan ahli keluarga.
Saya bersyukur kerana kami sudah berdamai dan saling bermaafan, sebagai ibu saya bimbang keselamatan mereka kerana tidak biasa hidup di sini.
Saya umpama bernyawa semula selepas dimaklum mereka ditemukan dalam keadaan selamat
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan bahawa pihak polis menemukan kedua-dua remaja perempuan berkenaan di sebuah pusat beli belah di Melaka.
Sumber: Harian Metro