Umum mengetahui, adik kepada Noor Neelofa iaitu Athisha Khan telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Wan Amirul Haiqal pada 19 Januari 2022. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Athisha sendiri melalui akaun media sosialnya di Instagram serta memuat naik video di Youtube. Tahniah!
Artikel berkaitan: [VIDEO] Athisha Khan Selamat Bertunang, Netizen Titip Ucapan Tahniah & Doa
Terbaru, pasangan ini dipercayai akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka hari ini.
Permudahkan segala urusan hari ini
Di Instagram, ibu kepada Athisha iaitu Noor Kartini memohon doa agar segala urusan anaknya itu dipermudahkan dan majlis mereka hari ini mendapat keredhaan dan rahmat Allah S.W.T.
Bismillahhirohmanirohim. Dengan namamu Ya Allah yang maha Agong. Ku mohon permudahkan segala urusan hari ini, jadikan majlis ini dalam redha dan rahmatmu dan di berkati dalam membina ukhwah. Semoga jalinan ikatan ini membawa kebahagiaan hingga ke Syurga mu. Amin. @athishakhan dan @haiqool48 mama doakan sha dan haiqal bahagia Dunia Akhirat dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin. Love you sayangku.
Di samping itu, Noor Kartini turut mendoakan anak dan bakal menantunya itu bahagia di dunia dan akhirat serta mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Menjengah di ruangan komen, Athisha turut menulis ucapan terima kasih dan sayang buat ibu tercinta.
Amin. Thank you mama sayang. I love you so much mama. Thank you for everything.
22.1.2022
Di Instagram Story Athisha, selebriti media sosial dan Youtuber ini turut memuat naik foto baju yang mempunyai tarikh ‘22.1.22’. Rata-rata netizen mendakwa Athisha memberi ‘hint’ mengenai tarikh dan warna busana pernikahannya untuk sebentar nanti. Bukan itu sahaja, Athisha turut memuat naik posting beserta kapsyen ‘last fling before the ring?’.
Terdahulu, majlis pertunangan pasangan ini telah berlangsung di rumah kediaman keluarga Athisha. Turut kelihatan saudara-mara serta rakan terdekat hadir bagi memeriahkan majlis terbabit. Menerusi tinjauan pihak OhBulan! rata-rata ahli keluarga Athisha yang berada di Sabah sudah selamat tiba di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sumber: Noor Kartini & Athisha