berita

LAWA | Blusher 2-in-1 Sebagai Eyshadow dan Blusher Untuk Makeup Harian

December 21st, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Blusher macam uqasha senrose, Macam mana nak pakai blusher

Kalau korang nak tahu tahun 2018 ni ada satu trend. Trend di mana sis Katy panggil summer blush, dia macam muka kemerahan yang comel gitu. Tapiii, ada sesetengah girls tempek blusher tu terlalu banyak sampai nampak macam kena sunburn.

Ada je sebenarnya girls nak cuba look ni tapi tak confident. Korang kena tahu yang semua kulit sesuai buat look ni tapi kena tahu cara yang betul je. Jadi kali ni sis Katy nak ajar cara nak pakai blusher sebagai eyeshadow dan pemerah pipi ala manja dan cute gitu.

Before dan after makeup

Sebelum kita start, macam biasa sis Katy akan share gamba model kita sebelum kita tempek blusher tu dekat muka dia jap lagi. Korang kena pandai pilih warna blusher yang sesuai dengan korang ya.

Jenis blusher yang sesuai dengan tona warna kulit. Blusher mengikut tona warna kulit, blusher

Kredit : Makeup.com

Korang boleh rujuk gamba dekat atas ni bila tak pasti warna blusher apa yang sesuai dengan warna kulit korang. Jangan takut untuk selalu mencuba tau! Sekarang baru boleh start ajar korang step yang mudah macam mana nak buat look ni.

Step 1 – Coral blusher eyeshadow

blusher murah, blusher coral orange, peachy orange

Korang tahu tak sebenarnya mata ni salah satu bahagian yang akan jadi perhatian bila kita bercakap dengan orang. Jadi cara nak tempek blusher dekat mata kena betul tau! Untuk kulit model sis Katy ni sis Katy guna warna coral.

cara nak pakai eyeshadow, blusher sebagai eyeshadow

Pressure bila pegang berus tu dekat mata jangan terlampau kuat sangat. Sebab warna blusher ni kan terang, Jadi korang kena letak sedikit demi sedikit dulu sampai capai warna yang korang nak.

Step 2 – Blusher kat pipi

Kegunaan pemerah pipi, fungsi pemerah pipi

Step 2 ni step yang biasa kita buat untuk mekap harian. Blusher dekat pipi korang guna blusher yang sama warna sebagai eyeshadow tu tadi. Sebab bagi nampak cantik bila korang guna warna yang sama.

Cuba bayangkan korang pakai kat mata neon pink, kat pipi coral pink. Macam pelikkan kalau warna tak sama? Soooo, kalau nak nampak manis kena tempek warna yg sama kat mata tadi. Dan DAB slow ya girls, sebab kalau pink sangat pun tak cantik juga.

Step 3 – Apply maskara

Maskara terbaik, maskara yang senang dicuci

Lepas korang dah tempek blusher dekat mata dan pipi korang, jangan lupa untuk apply maskara. Maskara ni penting tau, ia adalah salah satu pekara asas untuk bagi makeup korang nampak cantik dan sempurna.

Step 4 – Padankan dengan lipstick kegemaran

lipstik, lip gloss, Lipstick nude, lipstick nude terbaik

Akhir sekali untuk habiskan look ni, korang padankan dengan lipstick kegemaran korang. Tapi janganlah pakai lipstick warna neon pink! Macam kelakar je kan mata warna pink, pipi warna pink pastu bibir pulak warna pink yg shocking.

Kalau sis Katy akan pakai lipstick nude. Sebabnya bila pilihan eyeshadow kita dah shocking, kita kena padankan dengan warna lipstick yang nude baru lah ngammm!

Lawa model, after makeup, flawless makeup

Steps untuk achieve look ni mudah je guys! Betul kan sis Katy kata semua orang boleh ngam dengan look ni kalau dah tahu cara yang betul. Yang penting korang kena sentiasa confident. Pedulikan kalau orang cakap tak cantik, practice makes perfect. Jadiiii practice sampai jadi!

Pastikan korang check out video penuh tutorial mekap blusher sebagai eyeshadow dan pemerah pipi kat sini. Daaan jangan lupa untuk like dan follow page Facebook Kini Trendy dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, makeup dan lifestyle yang terkini.