berita

Lawak Solo Masuk Peringkat Akhir Minggu Depan, Ini Sebab Kenapa Kami Rasa Fikri Akan Jadi Juara

December 3rd, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

screen-shot-2016-12-03-at-1-26-55-am

Siapa kat sini layan Lawak Solo? Ternyata kebanyakan peserta yang terpilih untuk musim pertama ni ada keistimewaanya tersendiri. Antara peserta yang jadi pilihan orang ramai ialah Danial, Fikri dan Mat Sabah. Diorang ni boleh dikatakan setiap minggu buat orang gelak.

Semalam merupakan pentas separuh akhir Lawak Solo. 4 orang mara ke peringkat akhir, Mat Sabah, Danial, AG Hafiz dan Fikri manakala lagi 2 orang iaitu Nizam dan Wan Gegau tersingkir. Nizam tu semalam kelakar juga tapi mungkin nasib tak menyebelahinya. Jadi korang rasa siapa yang akan jadi juara nanti? Jeng jeng jeng..

Ada rupa, ada gaya

screen-shot-2016-12-03-at-1-30-09-am

Yes, ini antara faktor kenapa kami rasa Fikri akan jadi juara untuk Lawak Solo musim pertama ni. Ramai yang cair bila tengok mat utara ni sebab dia punyai senyuman yang manis.

Bukan tu je, tapi persembahan konsisten

Panas betul isu debat antara Kicap dan Kari ni ye macam kat parlimen! Korang sokong mana?! Taip LS3/5/10/20 jarak FIKRY dan hantarkan ke 32777.

Posted by Maharaja Lawak Mega on 2hb Disember 2016

Bukan sekadar rupa je, persembahan Fikri tiap minggu makin ada peningkatan dan perkara ini dapat pujian oleh juri tetap iaitu Dato’ AC Mizal dan juga Saiful Apek. Mereka katakan bahawa Fikri makin lama makin kelakar, idea original dan tak ‘try hard’.

Danial kelakar.. Tapi

screen-shot-2016-12-03-at-1-38-34-am

Danial merupakan peserta favorite juri dan juga peminat sebab dia ni dari minggu pertama kelakar. Tapi kami rasa lawak yang dipersembahkan tiada variety. Boleh katakan setiap minggu dia tiru gaya-gaya artis. Terutamanya, Chef Wan. Kelakar memang kelakar. Tapi.. Hmm, entah la.

Mat Sabah macam gitu je..

screen-shot-2016-12-03-at-1-43-37-am

Mat Sabah ni sebelum masuk Lawak Solo pun, dia pernah buat persembahan di TV show Sembang Teh Tarik. Dia sudah ada pengalaman buat ‘stand up comedy’ di depan orang ramai. Tapi dari dulu hingga kini lawaknya berdasarkan kehidupan di kampung nya. Kami nak tau juga sekali-sekala kalau dia tukar topik jadi macam mana kan..

AG Hafiz boleh tahan la..

screen-shot-2016-12-03-at-1-25-16-am

Antara 3 peserta di atas ni, AG Hafiz merupakan peserta ‘underdog’. Jika anda follow program lawak, Hafiz ni pernah masuk Raja Lawak dulu. Tapi kini dia bergerak solo pula. Hafiz ni boleh tahan kelakar juga tapi tidak konsisten. Ada minggu yang dia lawak dan juga sebaliknya.

Ada juga dikalangan penonton yang mempertikaikan pemilihan Hafiz ke peringkat akhir. Takpe lah, rezeki dia. Huhu. Tapi ni hanyalah pendapat kami sebagai penonton Lawak Solo. Anda rasa siapa yang boleh menang?

Sumber: Facebook Zon Lawak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×