Malam semalam, seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan dipandu melawan arus. Kejadian yang berlaku di Semambu, Kuantan Pahang tersebut dipercayai berpunca dari seorang pemandu mabuk yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota C-HR.
Lawan Arus
Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, kemalangan berlaku kita-kira jam 9:20 malam tadi di Jalan Kuantan Bypass dekat Bukit Rangin, Kuantan.
Lelaki terbabit disyaki memandu melawan arus dari susur masuk Jalan Kuantan Bypass dari Persimpangan Semambu. Sebelum kemalangan, kenderaan terbabit dilaporkan hampir tertembung dengan berberapa kenderaan.
Video lelaki terbabit memandu secara melawan arus sempat dirakam seorang pengguna jalan raya dan tular di media sosial. Berdasarkan rakaman itu, individu merakam visual terbabit membunyikan hon beberapa kali kepada pemandu terbabit.
Walau bagaimanapun, pemandu Toyata C-HR terbabit terus bertindak memecut kenderaannya sebelum kemalangan berlaku. Akibat kemalangan terbabit, Irwan Herman Kamarudin yang berusia 41 tahun, dari Sungai Isap, Kuantan, maut ditempat kejadian.
Menyebabkan kematian
Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja kerana bertugas shif malam. Manakala pemandu yang melawan arus hanya cedera ringan. Lelaki terbabit ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.
Dalam pada itu, mengikut saksi kejadian mereka turut mendakwa hampir dilanggar pemandu tersebut yang dilihat sengaja melakukan perbuatan tersebut. Perkara ini turut menimbulkan kemarahan orang ramai.
Respon netizen
Sumber : Muhamad FarhanSadri, Buletin TV3