Isu membabitkan pelakon terkenal, Puteri Sarah dan Ira Kazar nampak gayanya masih belum berakhir. Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia juga masih menunggu hasil siasatan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung aduan dibuat olehnya terhadap Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: ‘Rasanya Sudah Lama Kes Disiasat, Apa Sudah jadi?’ – Puteri Sarah Tunggu Keputusan Jawi
‘Lawan tetap lawan’
Menerusi satu hantaran di Instagram, Puteri Sarah akui tidak akan berdiam diri selagi individu yang didakwa ‘bersalah’ tidak dikenakan sebarang tindakan. Tambah isteri kepada pengarah terkenal ini lagi, dia yakin dirinya berada di pihak yang benar.
Lawan tetap lawan. Tak akan diam diri selagi yang bersalah tak ditangkap. Diam bukan bermakna kes tutup. Slowly but surely.
Menurut Puteri Sarah, kes juga masih dalam siasatan tetapi ianya mengambil masa yang agak lama untuk selesai. Dalam kesempatan itu, Puteri Sarah menegaskan dia tetap akan memperjuangkan haknya selain meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.
Kes masih berjalan cuma ambil masa. Tak apa, sikit lagi. Mahkamah sivil dah dapat tarikh bicara tapi next year. Mahkamah Syariah soon and i’m fighting for it. Case close? Hell no! Never. Doakan Sarah.
Terdahulu, anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jawi untuk membantu siasatan susulan tindakan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah. Ira yang didakwa menjadi orang ketiga yang mengganggu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah hadir memberi keterangan pada 20 0gos lalu.
Difahamkan, Ira disiasat mengikut Seksyen 38 Akta kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa kepada menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajiapan.
Sumber: Puteri Sarah Liyana